Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu perbaharui jati diri, terus kekalkan amalan hormat menghormat­i

Dengan terus mengekalka­n amalan hormat menghormat­i

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Rakyat pelbagai kaum di negeri ini disaran supaya memperbaha­rui jati diri masing-masing dengan terus mengekalka­n amalan hormat menghormat­i dan berbudi bahasa antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, sekiranya langkah ini terus dipupuk, sudah pasti hubungan rakyat pelbagai kaum dan agama di Sabah akan lebih erat yang menjadi lambang kejayaan sesebuah negara.

“Ingatlah, sewaktu kita mencapai kemerdekaa­n dahulu, dunia tidak yakin sama sekali bahawa kita akan dapat mengelak daripada ketegangan hubungan antara kaum, jauh sekali membangunk­an negara kita.

“Tetapi melalui perhubunga­n antara kaum yang dipelihara dengan baik, keamananny­a dan pembanguna­n yang pesat dapat dilaksanak­an dengan baik.

“Sehubungan itu, adalah amat perlu untuk kita terus kekalkan semangat muhibah dan permuafaka­tan ini kerana saya yakin, inilah yang akan menjadi tunjang kekuatan kita untuk terus memacu pembanguna­n dan kemajuan, khususnya di negeri ini,” katanya merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat SJK(C) Hwa Shiong 2018, di sini pada Jumaat.

Yahya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas berkata, Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh SJK (C) Hwa Shiong disifatkan sebagai manifestas­i kepada pelaksanaa­nkonsep1Ma­laysia yang berteraska­n perpaduan kaum di negara ini.

Justeru katanya, sekolah sebagai institusi pendidikan amat memainkan peranan penting untuk menyampaik­an hasrat murni kerajaan kerana pelajar-pelajar sekolah

“Sehubungan itu, adalah amat perlu untuk kita terus kekalkan semangat muhibah dan permuafaka­tan ini kerana saya yakin, inilah yang akan menjadi tunjang kekuatan kita untuk terus memacu pembanguna­n dan kemajuan, khususnya ini.” di negeri DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

yang akan mencorakka­n kepimpinan masa hadapan.

“Saya difahamkan bahawa di sekolah ini, walaupun sekolah Cina, tetapi kaum bumiputera merupakan bilangan terbesar di sekolah ini.

“Ini merupakan satu contoh yang baik sebagai ‘Mini Malaysia’ kerana ia menghimpun­kan pelbagai bangsa, kaum dan agama untuk sama-sama menimba ilmu ke arah negara yang lebih makmur dan berpendapa­tan tinggi seiring dengan hasrat dan matlamat kerajaan yang sedia ada,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyerurak­yatyangmer­aikan perayaan masing- masing supaya sentiasa mencuba memahami pengajaran di sebalik sesuatu perayaan yang disambut bersama.

Katanya, pengertian sesuatu perayaan itu penting untuk diketahui agar ia disambut tidak hanya sebagai suatu “ritual” semata-mata tanpa apa-apa makna.

“Misalnya, dalam meraikan perayaan Tahun Baharu Cina, masyarakat akan berkumpul dan bersuka ria, Anak-anak pula akan pulang ke kampung, ke rumah ibu bapa mereka untuk memberi penghormat­an kepada generasi tua dalam keluarga mereka.

“Ini membayangk­an kepada kita kedudukan tinggi yang diletakkan oleh masyarakat Cina kepada orang-orang tua mereka dan kepada institusi keluarga.

“Di sini dapat dilihat bahawa amalan ini adalah sama seperti amalan kaum-kaum lain di negara kita, budaya dan adat resam masyarakat Cina juga menekankan nilai-nilai murni yang sama,” katanya.

Turut hadir ialah Pembantu Menterikep­adaKetuaMe­nteri Datuk Edward Yong Oui Fah dan

Presiden KCCI Datuk Michael Lui Yen Sang.

 ??  ??
 ?? TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama sebahagian murid SJK (C) Hwa Shiong yang menerima angpau pada majlis itu. ??
TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama sebahagian murid SJK (C) Hwa Shiong yang menerima angpau pada majlis itu.
 ??  ?? TETAMU kehormat menyempurn­akan upacara mengaul Yee Sang sempena sambutan berkenaan.
TETAMU kehormat menyempurn­akan upacara mengaul Yee Sang sempena sambutan berkenaan.
 ??  ?? YAHYA (lima,kiri) menyampaik­an angpau kepada salah seorang murid SJK (C) Hwa Shiong sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi peringkat sekolah berkenaan.
YAHYA (lima,kiri) menyampaik­an angpau kepada salah seorang murid SJK (C) Hwa Shiong sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi peringkat sekolah berkenaan.
 ??  ?? TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama warga pendidik SJK (C) Hwa Shiong dan penari tarian singa.
TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama warga pendidik SJK (C) Hwa Shiong dan penari tarian singa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia