Utusan Borneo (Sabah)

Pembaikan jalan di Batu 26 dan 27 bermula pada Mac

- Oleh DELLROY

KENINGAU:Kerja-kerja membaiki jalan mendap di jalan Batu 26 dan 27 akan dimulakan pada Mac ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrasktru­kutur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kos kedua-dua pembaikanj­alaninimel­ibatkan sejumlah RM5.4 juta.

Beliau berkata demikian kepada media selepas lawatan ke kedai-kedai pekan Keningau sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018 disini pada khamis.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau turut berkata, pihak kerajaan juga telah menyiapkan satu jambatan baharu di 0.40 kilometer sungai Bariawa yang berdekatan Tamu Ground yang telah menelan kos 2.15 juta bagi menggantik­an jambatan yang lama.

Jelasnya, jambatan yang baharu ini merupakan satu lagi kemudahan yang diberikan kerajaan kepada rakyat di daerah ini.

Sementara itu katanya, mengenai program yang diadakan ini adalah platform dalam menyatupad­ukan setiap kaum tanpa mengira bangsa dan agama selain mendekati permasalah­an yang dihadapi para peniaga.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makan Datuk Haji Sairin Karno,Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Daniel Datuk Kinsik, Pegawai Daerah Keningau, Haji Yusop Haji Osman,Ketua Pemuda UMNO P.180 Keningau, Nik Nazri Nik Zawawi; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Senator Datuk Hajah Jamilah Sulaiman,Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Annuar Ayub Aman,Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Keningau, Raymond Koh dan para pemimpin masyarakat lain.

 ??  ?? JALAN tanah runtuh di Batu 27 yang akan dibina pada Mac ini.
JALAN tanah runtuh di Batu 27 yang akan dibina pada Mac ini.
 ??  ?? PAIRIN mengabadik­an gambar kenangan bersama rombongan selepas lawatan itu.
PAIRIN mengabadik­an gambar kenangan bersama rombongan selepas lawatan itu.
 ??  ?? PAIRIN beramah mesra salah seorang peniaga sempena lawatan itu.
PAIRIN beramah mesra salah seorang peniaga sempena lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia