Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Penampang jadi perintis penggunaan aplikasi MyTaman

Penggunaan aplikasi telefon pintar MyTaman

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

“Jika pelaksanaa­n projek ini diterima ramai, kerajaanbe­rsediamela­burbagimem­bangunkan teknologi yang akan membantu meningkatk­an ” tahap keselamata­n orang ramai ini

DATUK DONALD MOJUNTIN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Penampang

PENAMPANG: Masyarakat di daerah ini akan menjadi kumpulan pertama yang akan memperoleh manfaat melalui penggunaan aplikasi telefon pintar MyTaman apabila ia dilaksanak­an kelak.

Aplikasi yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar itu membolehka­n masyarakat berhubung secara terus dengan pihak berkuasa ketika berlaku kecemasan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Penampang Datuk Donald Mojuntin berkata, aplikasi ini membolehka­n pihak berkuasa mengetahui kedudukan dan maklumat pengguna yang berdepan dengan keadaan kecemasan apabila pengguna menekan butang kecemeasan yang terdapat dalam aplikasi berkenaan.

Katanya, pada peringkat awal, lima kawasan perumahan dikenalpas­ti untuk menjadi perintis dalam Projek MyTaman ini. Ia termasukla­h Taman Penampang, Taman Suria dan Regency Park.

Kawasan perumahan itu dipilih berikutan jumlah kepadapata­n penduduk yang ramai di kawasan berkenaan.

“Jika pelaksanaa­n projek ini diterima ramai, kerajaan bersedia melabur bagi membangunk­an teknologi yang akan membantu meningkatk­an tahap keselamata­n orang ramai ini.

“Bagi pelaksanaa­n projek perintis ini, kami menerima dana daripada Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Projek Perintis MyTaman di sini, pada Khamis.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) ini berkata, taklimat mengenai penggunaan aplikasi ini akan dilakukan kepada penduduk taman perumahan terlibat selepas Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, kerjasama semua pihak terutama masyarakat amat penting dalam memastikan keberkesan­an penggunaan aplikasi ini.

Sementara itu, pereka aplikasi MyTaman Nik Mohd Nizam berkata, untuk memastikan aplikasi itu tidak terganggu, pemasangan Wifi berhampira­n kawasan perumahan yang dipilih akan dilakukan.

Beliau memberitah­u, penggunaan MyTaman sudah dimanfaatk­an oleh 20, 000 orang yang memuat turun aplikasi berkenaan di Semenanjun­g Malaysia.

Sebanyak 50 buah kawasan perumahan memanfaatk­an penggunaan aplikasi ini.

Katanya, pihak berkuasa iaitu Polis dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat juga akan dilengkapi dengan telefon pintar untuk memantau penggunaan aplikasi ini.

Beliau berkata, beberapa ciri tertentu turut dimasukkan dalam aplikasi MyTaman ini termasukla­h e-billing serta tempahan kemudahan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apps Store mahupun Google Store dengan yuran langganan bulanan RM1 untuk sebuah rumah.

 ??  ?? WAKIL Micron Technology Sdn Bhd menyampaik­an telefon pintar percuma kepada Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun (tiga kiri) bagi mewakili Pihak Berkuasa Tempatan, sambil disaksikan oleh Donald (dua kanan).
WAKIL Micron Technology Sdn Bhd menyampaik­an telefon pintar percuma kepada Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun (tiga kiri) bagi mewakili Pihak Berkuasa Tempatan, sambil disaksikan oleh Donald (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia