Taman Pertanian Kilan dinaik taraf
Dijadikan sebagai pusat pengeluaran sayur-sayuran
LABUAN: Jabatan Pertanian Labuan bercadang menghidupkan semula Taman Pertanian Kilan, seperti sebelum ini.
Sehubungan itu, jabatan berkenaan telah melantik dua pengusaha sayur-sayuran di Taman Pertanian Kilan, dalam usaha menjadikan taman itu sebagai pusat pengeluaran sayur-sayuran di pulau ini.
Pengarahnya Mohd Jurijh Abdullah Fauzi berkata, pihaknya sedang merangka satu gerak kerja melibatkan penanaman pokok buahbuahan, terutamanya durian di Taman Pertanian Kilan.
“Kita akan menggantikan buah-buahan yang saya rasa kurang produktif, kurang mendapatkan hasil. Kita akan gantikan dengan durian premium seperti musang king. Saya anggarkan program itu dalam bulan Mac depan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Hari Bertemu PelanggandanKempenMakan Buah-Buahan Tempatan di Taman Pertanian Kilan pada Sabtu.
Menurutnya, sekiranya berjaya, projek itu mampu menjadi produk tarikan pelancong di pulau bebas cukai ini dan pada masa sama, menaikkan nama Taman Pertanian Kilan yang mempunyai keluasan 6.79 hektar.
Dalam ucapannya, Jurijh berkata Hari Bertemu PelanggandanKempenMakan Buah-Buahan Tempatan dianjurkan antara usaha jabatan untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas, cadangan mahupun aduan.
Selain itu, jabatan mahu merapat dan mengeratkan silaturahim di antara jabatan dengan warga penduduk kampung setempat.
“Pada masa yang sama, Jabatan Pertanian Labuan ingin mengambil kesempatan ini bagi mewar-warkan kepada semua, bahawa pejabat Jabatan Pertanian Labuan telah berpindah dari Wisma Wong Wo Lo ke Taman Pertanian Kilan.
“Semua aktiviti dan urusan Jabatan Pertanian Labuan telah berpindah ke Taman Pertanian Kilan sepenuhnya bermula pada bulan Disember 2017,”katanya yang kini mengetuai jabatan itu bersama 20 kakitangan.
Pelbagai pengisian dalam program Hari Bertemu Pelanggan itu seperti Kursus Pengurusan Tanaman Buahbuahan, Kursus Pengurusan Ternakan Lebah Kelulut, Khidmat Nasihat Pertanian serta juga Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan.
Seramai 150 orang dijemput untuk menghadiri kursus itu yang mana rata-rata mereka adalah terlibat dalam aktiviti pertanian.
Pada program itu, Jabatan Pertanian Labuan mengadakan Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan yang bertujuan menyedarkan orang ramai agar mengutamakan buah-buahan tempatan.
Dengan itu, mereka dapat membantu pengusaha tempatan untuk menjana pendapatan.
Jabatan Pertanian Labuan telah menyediakan beberapa jenis buah tempatan untuk dinikmati bersama sebagai simbolik kempen makan buah-buahan tempatan.
Dalam pada itu, Jurijh menafikan sekeras-kerasnya satu maklumat yang telah ditularkan oleh pihak tertentu kononnya Jabatan Pertanian Labuan menghalang kemasukan buah durian ke WP Labuan.
Katanya, Jabatan Pertanian Labuan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa tiada sebarang tangkapan yang dibuat terhadap mana-mana pihak yang membawa buah durian di WP Labuan seperti yang telah ditularkan.
“Kita akan menggantikan buah-buahan yang saya rasa kurang produktif, kurang mendapatkan hasil. Kita akan gantikan dengan durian premium seperti musang king. Saya anggarkan program itu ” dalam bulan Mac depan. MOHD JURIJH ABDULLAH FAUZI Pengarah Jabatan Pertanian Labuan
“Sehubungan itu, tidak perlu risau untuk membawa buah durian masuk ke WP Labuan,” katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengerusi sub zon, ketua kampung dan ketua jabatan yang sentiasa bersama Jabatan Pertanian Labuan.
Hampir 300 penduduk
Labuan mengambil kesempatan pada Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.
Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abd Ghani.