Utusan Borneo (Sabah)

Majlis perbandara­n, daerah Perak diarah periksa kediaman bertingkat

-

IPOH:Kerajaan negeri Perak mengarahka­n majlis perbandara­n dan majlis daerah di negeri ini supaya memeriksa dan memantau semua kediaman bertingkat di kawasan masing-masing untuk mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir langkah itu diambil susulan kejadian kerusi dilemparka­n dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di Kuala Lumpur sehingga menyebabka­n kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

“Meskipun kita (Perak) tidak mempunyai ratusan rumah bertingkat, flat dan kondominiu­m tinggi tapi kita tetap ambil langkah-langkah (berjaga) bagi pastikan ia tidak berlaku di negeri ini.

“Kejadian baling kerusi di Kuala Lumpur itu menjadi bukti kepada masalah keprihatin­an kawasan perumahan tinggi yang menyebabka­nberlakuma­salah seperti itu. Yang malangnya, ia menyebabka­n nyawa remaja terkorban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang berita selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani Kepala Perjanjian antara Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) yang menerajui Movie Animation Theme Park Studios (MAPS) dengan Only World Group Holdings Berhad (OWG) di sini, pada Khamis.

Pada 15 Jan lepas, S. Sathiwaran, pelajar Tingkatan Ttiga di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, maut akibat kecederaan parah di kepala setelah dihempap sebuah kerusi yang dilemparka­n dari tingkat atas Blok 102 PPR Seri Pantai.

Sementara itu, Zambry meminta semua pusat tahfiz dan sekolah agama di negeri ini menerima dengan positif langkah pemeriksaa­n keselamata­n yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana ia dilakukan bagi menjamin keselamata­n pelajar-pelajar di pusat berkenaan.

“...buat pemeriksaa­n terlebih dahulu di premis berkenaan dan kemudian pihak bomba akan duduk dan berbincang dengan mereka tentang langkahlan­gkah memenuhi kriteria keselamata­n yang ditetapkan. Lebih penting kita mahu mendidik mereka, bukan menghukum,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis semalam berhubung 50 peratus daripada 146 pusat tahfiz yang diperiksa JBPM Perak pada tahun lepas didapati tidak selamat termasuk tidak mematuhi pendawaian dan laluan keluar masuk.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia