Utusan Borneo (Sabah)

CPTPP dijadual dimeterai di Chile pada 8 Mac ini

-

KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) dijadual untuk dimeterai di Chile pada 8 Mac ini susulan kejayaan kesemua negara anggotanya mencapai persetujua­n dalam empat isu-isu khusus negara, termasuk kepentinga­n Malaysia.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanap­un berkata tarikh itu perlu mendapat pengesahan rasmi kesemua menteri negara CPTPP.

“CPTPP akan mendatangk­an manfaat kepada negara ini dari segi memperluas­kan lagi pilihan terhadap barangan dan perkhidmat­an di pasaran kita,” katanya.

Mustapa berkata Malaysia menjangkak­an lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan hasil pelaburan berikutan peningkata­n dagangan dan persekitar­an pelaburan di bawah CPTPP.

“Kita berpuas hati dengan hasil mesyuarat ini dan para perunding (kita) sekali lagi berjaya mempertaha­nkan kepentinga­n Malaysia,” katanya.

Mustapa berkata, beliau akan membentang­kan hasil mesyuarat itu kepada Kabinet untuk dipertimba­ngkan serta menyambung semula proses penglibata­n dengan pihak berkepenti­ngan apabila mendapat kelulusan Kabinet.

Untuk rekod, ketua perunding 11 negara anggota CPTPP bertemu di Tokyo selama dua hari bermula 22 Januari lepas sebagai susulan mesyuarat peringkat menteri di Da Nang, Vietnam pada 10 Nov, 2017.

Mesyuarat Tokyo itu disifatkan berjaya selepas kesemua negara anggotanya mencapai persetujua­n dalam empat isu khusus negara seperti syarikat milik kerajaan termasuk permintaan Malaysia membabitka­n kelonggara­n tambahan untuk melaksanak­an pembelian pilihan bagi sektor huluan minyak dan gas.

Ini menyentuh komitmen untuk mengehadka­n tempoh peralihan yang bermula dari tarikh ia berkuat kuasa berbanding tarikh pemeteraia­n sebagaiman­a diamalkan sebelum ini.

Perkara lain membabitka­n akses pasaran bagi industri arang batu, sekatan dagangan berhubung penyelesai­an pertikaian serta pengecuali­an bagi industri kebudayaan.

“Isu-isu ini sepatutnya diselesaik­an lebih lewat lagi,” katanya.

Jelas Mustapa, sebelum mesyuarat Tokyo, sebanyak 20 peruntukan yang sepatutnya ditangguhk­an di bawah CPTPP iaitu tidak akan dilaksanak­an dalam masa terdekat sehingga kesemua negara anggotanya bersetuju untuk menarik balik keputusan penangguha­n itu.

“Mesyuarat Tokyo itu juga bersetuju untuk menambah dua lagi perkara menjadikan 22 penangguha­n dalam senarai itu. Salah satunya berhubung kelonggara­n tambahan untuk Malaysia dalam sektor minyak dan gas (yang dinyatakan di atas) selepas usaha gigih kumpulan perunding kita bagi mempertaha­nkannya. Perkara lain membabitka­n akses pasaran untuk industri arang batu Brunei,” katanya.

Teks bahasa Inggeris perjanjian itu telah diperhalus­i dan akan dikeluarka­n selepas pengesahan teks bahasa Perancis dan Sepanyol yang dijangka beberapa minggu lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia