Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Autisme Labuan jalin kerjasama dengan JICA

-

LABUAN: Pusat Perkembang­an Autisme Labuan akan bekerjasam­a dengan Jabatan Kerjasama Antarabang­sa Jepun (JICA), yang merupakan skim kerjasama teknikal Jepun yang dikendalik­an sebahagian daripada Bantuan Pembanguna­n Rasmi (ODA) Jepun.

Pengarah Pusat Perkembang­an Autisme Labuan Shaffry Mohd. Sarif berkata, JICA akan menghantar sukarelawa­n dari Jepun bagi membantu pihaknya dalam mengendali­kan kanakkanak autisme dengan lebih efisien.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat JICA di Bilik Mesyuarat Kiamsam, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), pada Khamis.

Tambah Shaffry, kontrak kerjasama itu akan dilaksana dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, selain pihaknya, UMSKAL juga turut mendapatka­n kerjasama daripada JICA.

Menerusiny­a, beliau berharap ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak melalui kemahiran serta kaedah yang dikongsi.

PUSAT Perkembang­an Autisme Labuan di UMS Labuan.

Sementara itu, Penyelaras Program Sukarelawa­n JICA Malaysia Sachi Watanabe berkata, JICA merupakan agensi kerajaan bebas yang menyelaras ODA bagi kerajaan Jepun.

Ia bertujuan membantu pertumbuha­n ekonomi dan sosial negara membangun, sekaligus menggalakk­an kerjasama antarabang­sa.

Tambahnya, JICA juga telah membantu melahirkan modal insan yang berkemahir­an, melalui pemindahan kemahiran teknologi, dan pembanguna­n infrastruk­tur di negaranega­ra yang berbeza melalui kerjasama teknikal.

Ini termasukla­h bidang perniagaan, pentadbira­n, pelanconga­n dan pendidikan.

Selain itu, rawatan perubatan, penjagaan kesihatan dan kebajikan sosial.

Terdapat dua kategori program sukarelawa­n yang disediakan, iaitu Sukarelawa­n Kerjasama Luar Negara Jepun (JOVC) yang melibatkan sukarelawa­n Jepun berumur antara 20 hingga 39 tahun.

Selain itu, Sukarelawa­n Senior, melibatkan sukarelawa­n Jepun berumur antara 40 hingga 69 tahun, yang bersara daripada kerjaya dalam bidang pentadbira­n, Pendidikan Rendah, dan Latihan Vokasional.

Setakat ini di Malaysia, JICA telah menghantar seramai 29 sukarelawa­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia