Utusan Borneo (Sabah)

30 kakitangan HQE lawat Hospital Tuaran

-

KOTA KINABALU: Usaha menyemarak­kan lagi persekitar­an yang kondusif dan bersih melalui penerapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa) terus dipergiatk­an demi meningkatk­an mutu perkhidmat­an yang berkualiti kepada masyarakat.

Menyedari kepentinga­n itu, seramai 30 kakitangan Hospital Queen Elizabeth terdiri daripada Ahli Jawatankua­sa Eksa hospital mengambil pendekatan mengadakan lawatan sambil belajar dan penanda aras Eksa ke Hospital Tuaran pada Rabu.

Menurut ketua rombongan lawatan Dr. Joshua Beting Giling, selain membentuk kerjasama yang lebih erat di antara keduadua hospital, pihak HQE juga ingin mempelajar­i pendekatan Hospital Tuaran dalam memperting­katkan produktivi­ti perkhidmat­an dengan cemerlang sehingga memperoleh­i persijilan Eksa daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (Mampu) sejak 2016.

Tambahnya, banyak yang boleh dipelajari melalui lawatan ini. Selain usaha berterusan Hospital Tuaran menjadikan amalan Eksa sebagai landasan mengekalka­n pencapaian persijilan dan produktivi­ti.

“Penerapan Eksa yang diamalkanm­ampumerang­sang kakitangan agar sentiasa kreatif melalui pelbagai inovasi sekaligus membantu kerajaan ke arah penjimatan kos utiliti di peringkat hospital,” jelasnya.

Pada lawatan itu peserta rombongan diberi taklimat oleh Haji Tasim Haji Taim selaku Penolong Pegawai Perubatan hospital serta Timbalan Penyelaras Eksa Hospital Tuaran Nurul Izza Zakaria.

Antara yang disentuh pada taklimat termasukla­h pendekatan Hospital Tuaran dalam meningkatk­an motivasi kakitangan­nya melalui penerapan Eksa dan usaha berterusan mengekalka­n Hospital Tuaran sebagai pusat sumber rujukan pengamalan Eksa yang terbaik peringkat hospital di negeri ini.

Pada lawatan sehari tersebut rombongan berpeluang melawat ruang pejabat pentadbira­n dan pengurusan, wad pesakit, Unit Farmasi dan stor perubatan , Unit Patologi dan derma darah termasukla­h tinjauan ke taman-taman sekitar hospital yang bertujuan melestarik­an persekitar­an dan kesegaran hospital.

 ??  ?? DR. JOSHUA ketika menyampaik­an cenderaken­angan kepada Haji Tasim (tiga dari kanan) sempena lawatan HQE ke Hospital Tuaran.
DR. JOSHUA ketika menyampaik­an cenderaken­angan kepada Haji Tasim (tiga dari kanan) sempena lawatan HQE ke Hospital Tuaran.
 ??  ?? WARGA kerja HQE dan Hospital Tuaran bergambar kenangan sempena lawatan itu.
WARGA kerja HQE dan Hospital Tuaran bergambar kenangan sempena lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia