Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan bas ekspress nyaris ragut 13 nyawa penumpang

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspress nyaris meragut nyawa 13 penumpangn­ya apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas merempuhi lereng bukit, dekat sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah yang mengesahka­n kejadian itu berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang di Kilometer 32 Jalan RanauTelup­id berhampira­n Kg Nabutan, Ranau.

“Sisatan awal di tempat kejadian mendapati, Bas Express Transtedar dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Tawau dengan membawa 13 orang penumpang.

“Apabila sampai di tempat kejadian melalui jalan selekoh menurun bukit, bas yang dipandu oleh lelaki berusia 40 tahun itu mendapati brek tidak berfungsi dengan baik menyebabka­n hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Bas tersebut terus terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar lereng bukit dan termasuk ke dalam parit. Mujur kesemua penumpang dan juga pemandu selamat,” jelas Farhan.

Setelah kejadian itu kesemua 13 penumpang keluar dari bas tersebut tanpa sebarang kecederaan, kecuali seorang wanita berumur 47 tahun yang mengalami luka kecil di bahagian kening sebelah kiri.

“Mangsa, Jamilah Dumian dari Kg Tg Batu Laut, Tawau telah dirawat di Klinik Kg Paginatan sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut,” tegas Farhan.

Katanya, ketika kejadian cuaca baik, terang, jalan selekoh turun bukit, jalan kering dan berturap.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabka­n kemalangan.

 ??  ?? MOHD FARHAN
MOHD FARHAN
 ??  ?? KEADAAN bas selepas terlibat kemalangan.
KEADAAN bas selepas terlibat kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia