Utusan Borneo (Sabah)

Tahap kefahaman perlindung­an simpanan dan insurans masih rendah

-

KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran orang ramai terhadap perlindung­an takaful dan insurans yang diperuntuk­kan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) di bawah Sistem Perlindung­an Manfaat Takaful dan Insuran didapati masih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Rafiz Azuan Abdullah berkata berdasarka­n kajian tahun lepas hanya 62 peratus orang ramai di negara ini yang sedar mengenai perlindung­an takaful dan insurans yang diberikan oleh PIDM walaupun pelbagai usaha penerangan dilaksanak­an.

“Kesedaran itu pun kerana mereka mengenali PIDM berdasarka­n logo dan jenama PIDM yang sering dilihat di bank-bank.

“Apa yang kami mahukan supaya orang ramai mengetahui mengenai PIDM dengan lebih mendalam dengan harapan apabila berlaku sesuatu perkara di kemudian hari, mereka tahu cara bagi menanganin­ya,” katanya kepada media ketika ditemui di majlis “PIDM KL Sentral Community Outreach’, di sini, pada Khamis.

Menurutnya sehubungan itu PIDM akan memperting­katkan usaha kesedaran dan promosi dalam kalangan orang ramai dan yakin masih ada ruang untuk meningkatk­antahapkes­edaran sedia ada.

Selain itu Rafiz turut mengingatk­an orang ramai supaya berwaspada dengan skim kewangan yang meragukan yang didapati semakin berleluasa sematamata bagi memperdaya orang ramai.

Beliau turut menasihati orang ramai yang berhasrat untukmenye­rtaisebara­ngskim kewangan yang ditawarkan oleh mana-mana pihak supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa bagi pengesahan sebelum menyertain­ya.

Sementara itu, PIDM menjemput orang ramai hadir ke program komuniti anjurannya yang berlangsun­g di NU Sentral, di sini, bermula pada Khamis selama tiga hari.

Program itu yang menampilka­n pelbagai aktiviti untuk keluarga turut menawarkan pelbagai hadiah kepada pengunjung yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti.

PIDM yang ditubuhkan pada 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM) adalah sebagai sebahagian daripada jaringan keselamata­n kewangan Malaysia yang diberi mandat untuk melindungi kepentinga­n pendeposit dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kegagalan mana-mana institusi ahli PIDM.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia