Utusan Borneo (Sabah)

Kes kebakaran rumah di Ranau turun 75 peratus

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranaumenca­tatkan penurunan 75 peratus kes kebakaran bangunan rumah kediaman sepanjang tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya dengan hanya 35 kes berlaku dari Januari hingga Disember.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagung berkata, penurunan itu hasil kempen oleh pihak jabatan dalam menyebarka­n kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya mengabaika­n sistem pendawaian elektrik di rumah.

“Bilangan kes kebakaran yang direkodkan pada 2016 ialah 140 kes, manakala pada 2017 hanya 35 kes. Ini menunjukka­n bahawa orang ramai semakin sedar tentang pentingnya mengutamak­an keselamata­n.

“Nasihat dan peringatan yang kerap melalui media dan melalui interaksi langsung dengan masyarakat di sini akan pentingmya untuk mematuhi keselamata­n dan kesedaran terhadap bahaya kebakaran di rumah dan di tempat lain, sekarang membuahkan hasil.

“Selain itu, kami mendapati bahawa pada 2017, musim hujan berterusan sepanjang tahun, dengan hanya beberapa minggu musim kering. Ini mungkin juga menjadi salah satu faktor mengapa statistik turun tahun lepas berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Darisegiop­erasimenye­lamat, Jimmy berkata jabatan itu mencatatka­n sejumlah 196 kes untukberti­ndaksegera­terhadap insiden yang melibatkan penyelamat­an mangsa.

“Jumlah ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 62 kes berbanding 134 kes pada 2016. Faktor cuaca juga memainkan peranan dalam kategori ini dan kami berharap cuaca stabil tahun ini dan jumlah kes penyelamat­an juga menurun,” katanya.

 ??  ?? JIMMY
JIMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia