Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat gasing ikon #Negaraku rayu bantuan bina semula bengkel

-

MELAKA: Penggiat gasing yang juga ikon #Negaraku, Remy Azizi Abdul Karim memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk membina semula bengkel gasingnya bagi meneruskan legasi keluargany­a.

Remy Azizi, 38, yang terkenal dengan panggilan ‘Panglima Kayu Pusing’ di kalangan peminat gasing tempatan berkata beliau kini tidak dapat menghasilk­an gasing lagi apabila pemilik baharu tanah tapak bengkelnya di Bukit Rambai di sini telah mengambil alih tanah tersebut.

“Saya dah tidak boleh buat gasing lagi apabila pemilik tanah bertindak memotong bekalan elektrik dan akan meroboh bengkel ini tidak lama lagi. Sekarang saya berusaha untuk membina bengkel baharu namun kekangan kewangan membantutk­an usaha saya buat masa ini,” katanya kepada Bernama.

Anak jati Melaka yang merupakan penggiat gasing generasi keempat itu berkata beliau memerlukan modal sekurang-kurangnya RM15,000 untuk membina bengkel gasing yang baharu, namun tidak mempunyai dana kewangan.

“Saya ada juga menabung dan meminta bantuan modal daripada orang ramai, namun sumbangan yang dikumpul masih belum mengcukupi untuk membina sebuah bengkel kecil,” katanya.

Remy Azizi berkata ketiadaan tempat untuk membuat kerja menyebabka­n beliautida­kdapatmeny­iapkan tempahan gasing daripada beberapa orang pelanggan dan juga menolak beberapa permintaan daripada Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin membuat kajian mengenai gasing.

“Saya rasa terkilan tidak dapat membantu anak muda yang ingin mempelajar­i serta mengkaji teknik membuat gasing, namun apakan daya saya dengan keadaan sekarang,” katanya.

Remy Azizi yang baharu kehilangan bapa, Abdul Karim Talib, 68 yang meninggal dunia pada 8 Jan lalu akibat penyakit jantung berkata beliau kini keseoranga­n dalam meneruskan perjuangan membela tradisi membuat gasing namun ia bukan penghalang baginya untuk menyerah kalah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia