Utusan Borneo (Sabah)

54 sekolah sertai Dialog Prestasi PPD Beaufort

-

BEAUFORT: Sebanyak 54 sekolah rendah menyertai program Dialog Prestasi yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Beaufort (PPD) di Bilik Mesyuarat PPD Beaufort pada Ahad.

Wakil Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort, Noresam Ismai berkata, program ini merupakan yang pertama dilaksanak­an oleh PPD Beaufort sebagai pembuka kalendar 2018.

Katanya program itu wajar mendapat sokongan kalangan guru besar kerana ia memberi peluang kepada pihak PPD serta guru-guru besar membincang­kan kaedah terbaik dalam usaha untuk mencapai keputusan peperiksaa­n cemerlang.

“Program ini berupaya membantu meningkatk­an keputusan UPSR. Kejayaan sekolah yang telah mencatat keputusan yang membanggak­an dengan pencapaian gred purata sekolah yang cemerlang membuktika­n dialog prestasi ini mencapai objektifny­a.

“Ini adalah hasil kejayaan para guru besar, guru, murid-murid dan ibu bapa dalam membuat perancanga­n melaksanak­an pelbagai program yang menjurus kepada kecemerlan­gan akademik,” katanya.

Noresam yang juga selaku Ketua Unit Vokasional PPD Beaufort berkata dialog itu akan dijadikan program tahunan dan merupakan usaha berterusan seiring dengan tema PPD Beaufort, ‘Bersama Melakar Kegemilang­an’.

Pada majlis itu, turut disampaika­n sijil penghargaa­n kepada sekolah-sekolah yang mencatatka­n keputusan cemerlang dalam UPSR 2017 yang disampaika­n oleh Ketua Unit Bahasa PPD Beaufort Sufizah Abdullah.

 ??  ?? GURU Besar SK Lubok, Weston, Ismail Mohd Kassim (kanan) menerima sijil penghargaa­n terbaik UPSR 2017 daripada Sufizah.
GURU Besar SK Lubok, Weston, Ismail Mohd Kassim (kanan) menerima sijil penghargaa­n terbaik UPSR 2017 daripada Sufizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia