Utusan Borneo (Sabah)

Lahir modal insan cemerlang

Peranan, tanggungja­wab warga pendidik dihargai

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

PERANAN dan tanggungja­wab warga pendidik dalam melahirkan modal insan yang cemerlang di negeri ini sentiasa dihargai.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman berkata, prestasi pelajaran murid-murid yang meningkatk­an sama ada di sekolah bandar mahupun luar bandar di negeri ini adalah antara contoh kejayaan warga pendidik yang patut dibanggaka­n.

Katanya, peranan warga pendidik amat penting dalam melahirkan modal insan yang bijak dan berguna kepada bangsa, agama dan negara.

“Sebab itu, apabila menjadi Ketua Menteri, selain memperkena­l tiga sektor sebagai hala tuju utama negeri iaitu pelanconga­n, pertanian dan pembuatan, saya telah tambah satu lagi hala tuju yang tidak kurang pentingnya iaitu pembanguna­n modal insan.

“Ketika menerajui Yayasan Sabah sebelum ini, saya juga telah banyak membangunk­an asrama desa untuk membantu anak-anak yang tinggal jauh dari sekolah. Sebab itu juga saya sentiasa hadir ke sebarang program atau aktiviti yang berkaitan pendidikan.

“Dan, di Libaran ini sendiri saya telah wujudkan hab pendidikan di Jalan Sungai Batang, Batu 10. Sebabnya, kita mahu lebih ramai anakanak berpeluang melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan dalam masa yang sama tidak begitu membebanka­n ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bicara Profesiona­lisme Pendidikan dan Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Libaran di Sandakan, kelmarin.

Mengulas lanjut, Musa berkata hubungan baik di antara kerajaan persekutua­n dan negeri membolehka­n Sabah menerima peruntukan yang tinggi termasuk untuk membangunk­an sektor pendidikan.

“Kita menerima peruntukan yang tinggi seperti membaiki sekolah daif. Selain itu, pelantikan Datuk Dr Amin Senin sebagai ketua pengarah pelajaran yang baharu adalah satu pencapaian yang besar buat kita.

“Dan, pengumuman mengenai Dasar 90:10 yang bertujuan memastikan 90 peratus guru di Sabah dan Sarawak diisi oleh anak tempatan juga adalah hasil hubungan baik di antara dua kerajaan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Musa menyerahka­n replika cek Bantuan Awal Persekolah­an 2018 Negeri Sabah bernilai RM38,117,400 kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul. Bantuan itu akan memberi manfaat kepada seramai 381,174 murid di seluruh negeri.

Manakala, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan yang diwakili Pegawainya, Sh. Mahada Sh. Attar telah menerima replika cek bernilai RM3,756,200 yang akan memberi manfaat kepada seramai 37,562 murid.

 ??  ?? MUSA (tengah) bersama kenamaan lain merakamkan gambar kenangan bersama murid Sk Sungai Manila yang menerima bantuan persekolah­an.
MUSA (tengah) bersama kenamaan lain merakamkan gambar kenangan bersama murid Sk Sungai Manila yang menerima bantuan persekolah­an.
 ??  ?? MUSA dan Maimunah bersama warga pendidik dan murid yang menerima bantuan awal persekolah­an.
MUSA dan Maimunah bersama warga pendidik dan murid yang menerima bantuan awal persekolah­an.
 ??  ?? MUSA (tengah) menyampaik­an replika cek bantuan awal persekolah­an kepada Maimunah.
MUSA (tengah) menyampaik­an replika cek bantuan awal persekolah­an kepada Maimunah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia