Utusan Borneo (Sabah)

Shirley Poh lakar kejuaraan hatrik

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Shirley Poh melakar nama tersendiri dengan meraih gelaran hatrik Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan Ke-6, 2018 yang berakhir di Labuan Golf Club (LGC) pada Sabtu.

Shirley atau dengan nama sebenar Lee Suk Len yang mewakili Labuan Internatio­nal Golf Club (LIGC) mencatat 95-90 untuk keseluruha­n 185 pukulan berkongsi keputusan dengan Rokia Daud yang mewakili Kinabalu Golf Club (KGC).

Bagaimanap­un, Rokia gagal dihubungi untuk perlawanan lubang penentuan memaksa pengadil kejohanan memutuskan Shirley sebagai pemenang.

Untuk persaingan kategori lelaki pula, Ian Quek yang mewakili Kelab Golf Kudat (KGK) muncul selaku juara selepas mencatat 82-75 untuk keseluruha­n 157 pukulan.

Beliaubera­daagaksele­sadua pukulan mengatasi pencabar terdekat yang juga naib johan Peter Tan yang mewakili Sabah Golf and Country Club (SGCC) yang mencatat 80-79 untuk keseluruha­n 159 pukulan.

Tempat ketiga disandang oleh Osman Jalil (KGC) selepas mencatat 82-79 untuk keseluruha­n 161 pukulan.

Selain kategori Gross, kejohanan itu juga melibatkan kategori Nett mengikut kumpulan umur dimana Kategori A lelaki untuk peringkat umur 55-60 tahun dijuarai oleh Haji Ishmamudin Mansor (LGC) selepas mencatat nett 141 pukulan.

Kategori B lelaki (61-65 tahun) dijuarai oleh Jusmin Kegis mewakili Keningau Golf and Country Club (KuGCC) selepas mencatat nett 146 pukulan sambil kategori C lelaki (60 tahun ke atas) dijuarai oleh Wong Sing Ngiong (LGC) dengan aksi nett 151 pukulan.

Untuk kategori wanita, kategori A (45-60 tahun) dijuarai oleh Alice Wong (LGC) dengan aksi nett 151 pukulan, sambil Kumpulan B (61 tahun keatas) dijuarai oleh BalwinderK­aur(LGC)dengan aksi nett 173 pukulan.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaika­n oleh wakil rakyat Labuan; Datuk Datuk Rozman Isli, dengan disaksikan oleh presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Datuk George Bandusena, naib presiden SGA merangkap presiden KGK Muhammad Kulat, pengarah operasi Labuan Internatio­nal Shipcare (LIS) Pravin Raina, presiden LGC merangkap pengerusi penganjur Arthur Kong, kapten LGC Joak Jolonius dan mantan kapten LGC Ranjit Singh.

Kejohanan dua hari itu disertai oleh 112 pemain terdiri dari 100 pemain lelaki dan 12 pemain wanita dari negara Brunei Darussalam, Sarawak serta Sabah.

 ??  ?? SHIRLEY Poh (tiga kanan) menerima hadiah juara gross wanita Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan 2018 daripada Rozman (dia kanan) sambil disaksikan oleh George (dari kanan), Pravin, Arthur, Joak, Muhd Kulat dan Ranjit.
SHIRLEY Poh (tiga kanan) menerima hadiah juara gross wanita Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan 2018 daripada Rozman (dia kanan) sambil disaksikan oleh George (dari kanan), Pravin, Arthur, Joak, Muhd Kulat dan Ranjit.
 ??  ?? IAN Quek (tiga kanan) menerima hadiah juara gross lelaki Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan 2018 daripada Rozman (dia kanan) sambil disaksikan oleh George (dari kanan), Pravin, Arthur, Joak, Muhd Kulat dan Ranjit.
IAN Quek (tiga kanan) menerima hadiah juara gross lelaki Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan 2018 daripada Rozman (dia kanan) sambil disaksikan oleh George (dari kanan), Pravin, Arthur, Joak, Muhd Kulat dan Ranjit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia