Utusan Borneo (Sabah)

Mayat kanak-kanak lemas di Sungai Belat ditemukan

-

KUANTAN:Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Belat di Kampung Jaya Gading di sini, ketika memancing bersama tiga lagi rakannya Sabtu lepas, ditemukan pada 11.20 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mayat Mohamad Danish Haikal Semar, 11, ditemukan terapung oleh anggota keselamata­n yang menyertai gerakan mencari dan menyelamat (SAR) yang diwujudkan selepas mangsa dilaporkan terjatuh pada pukul 2.20 petang.

Beliau berkata mayat mangsa dijumpai kira-kira dua kilometer dari tempat dia dikatakan terjatuh selepas tunggul kayu yang dijadikan tempat duduk untuk memancing patah.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya Gading petang ini,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Mohamad Danish Haikal yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Jaya Gading di sini, dilaporkan lemas semasa memancing bersamasam­a tiga rakannya dan gagal diselamatk­an walaupun seorang awam yang melihat kejadian dapat mencapai mangsa.

Ibu mangsa Nazira Mohd Yusof, 41, sebelum ini mengesahka­n anak keempat daripada lima beradik itu tidak pandai berenang walaupun sering memancing di sungai yang terletak di belakang rumahnya.

Mohamad Noor menambah operasi SAR melibatkan 104 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk polis, pasukan selam polis marin, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Katanya, operasi mencari mangsa pada hari kedua semalam, berhadapan dengan kesukaran ekoran paras air sungai yang tinggi akibat hujan selain keadaan dasar sungai yang mempunyai banyak halangan seperti tunggul kayu.

“Kita berharap masyarakat terutamany­a yang tinggal berhampira­n dengan kawasan sungai untuk mengawasi anakanak supaya tidak melakukan aktiviti yang berisiko mendatangk­an bahaya,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Semar Osman, 46, bersyukur apabila mayat anaknya ditemukan.

“Saya bersyukur anak dijumpai kerana sejak kejadian itu, saya sering terbayangb­ayang dirinya... walaupun reda, sukar untuk terima dia sudah tiada,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud berkata pihaknya akan membantu menguruska­n urusan pegebumian arwah bagi meringanka­n beban kewangan bapa mangsa yang bekerja sendiri. -Bernama

 ??  ?? ANGGOTA keluarga mengaminka­n doa selepas mangsa lemas Mohd Danish Haikal Semar ditemui di Kampung Jaya Gading pada Isnin. -Gambar Bernama
ANGGOTA keluarga mengaminka­n doa selepas mangsa lemas Mohd Danish Haikal Semar ditemui di Kampung Jaya Gading pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia