Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi hijau menjelang 2030

KeTTHA sasar capai negara maju dengan kurangkan penggunaan minyak, gas Ketua Setiausaha KeTTHA DATUK SERI IR DR ZAINI UJANG

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menyasarka­n lebih banyak penggunaan teknologi hijau seluruh negara pada 2030.

Ketua Setiausaha KeTTHA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata ia adalah sebagai aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bagi mencapai negara maju.

“Ini adalah Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 yang mana kita menyasarka­n penggunaan teknologi hijau pada masa akan datang.

“Bagi tenaga boleh diperbahar­ui, negara menyasarka­n 30 peratus penggunaan seluruh negara pada 2030 berbanding sebanyak 22.4 peratus pada 2017.

“Kecekapan tenaga dalam negara pula di bawah 2 peratus pada 2017 dan kita menyasarka­n 15 peratus pada 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog TN50 dan Matlamat Pembangu-

membincang­kan berkenaan pelan induk teknologi hijau 2017-2030 kepada peserta dialog.

nan Mampan (SDG2030) KeTTHA, di sini pada Isnin.

Zaini berkata penggunaan teknologi hijau itu juga adalah salah satu cara mengurangk­an penggunaan minyak dan gas terutamany­a yang digunakan pada kenderaan.

“Penggunaan kenderaan jimat tenaga (EEV) mencapai 32.6 peratus pada 2017 dan kerajaan menyasarka­n 100 peratus penggunaan EEV + kenderaan elektrik (EV) pada 2030,” katanya.

Tambahnya aspirasi TN50 KeTTHA itu juga untuk membantu mencapai negara maju menjelang 2020. Dengan

adanya TN50, negara tidak lagi menjadi antara negara membangun.

“Berdasarka­n unjuran, pada 2020 kita akan men- jadi negara maju yang mana pemikian masyarakat kini lebih maju untuk membantu negara dalam pembanguna­n TN50,” katanya.

Ini adalah Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 yang mana kita menyasarka­n penggunaan teknologi hijau pada masa akan datang.

 ??  ?? ZAINI
ZAINI
 ??  ?? ZAINI berucap pada sesi dialog TN50 dan SDG2030 KeTTHA.
ZAINI berucap pada sesi dialog TN50 dan SDG2030 KeTTHA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia