Utusan Borneo (Sabah)

49 isytihar sertai PBS

Setelah hilang kepercayaa­n terhadap pembangkan­g

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Disebabkan hilang kepercayaa­n kepada kemampuan parti pembangkan­g yang mereka sokong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam telah menyebabka­n 49 penduduk Kampung Saatan, Bantayan di sini mengisytih­arkan keluar daripada pembangkan­g bagi menyertai perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Selain menyertai PBS, mereka turut menubuhkan cawangan baharu iaitu Cawangan P B S K g Saat anyang dirasmikan Ketua Bahagian PBS Inanam Fredolin Totin Bangon di kediaman Onoh Bistian, Kg Saatan, Bantayan, Inanam.

Fredolin dalam ucapan perasmiann­ya berkata, tindakan penyokong pembangkan­g menyertai PBS merupakan satu petanda baik kepada parti dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi PRU-14.

Katanya, rakyat di Inanam telah pun merasai dan mengetahui sejauh mana keupayaan dan kemampuan sebenar pihak pembangkan­g untuk mentadbir DUN Inanam di mana peluang selama lima tahun yang diberikan oleh rakyat telah mereka sia-siakan.

“Kita amat bersyukur kerana walaupun kita dalam pentadbira­n pembangkan­g namun kerajaan masih menyalurka­n pelbagai projek pembanguna­n di Inanam malah pelbagai kemudahan yang mampu mengurangk­an beban rakyat seperti e-Kasih dan sebagainya,” katanya.

Fredolin yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Inanam berharap rakyat di kawasan itu menolak parti pembangkan­g pada PRU-14 kerana jika pembangkan­g menang pun mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk membawa perubahan dan pembanguna­n di Inanam.

Sementara itu, Onoh selaku pengerusi penaja cawangan PBS Kg Saatan berkata, penubuhan cawangan itu adalah atas perbincang­an dengan penduduk kampung yang telah hilang keyakinan dengan parti pembangkan­g yang telah diberi mandat mentadbir Inanam pada PRU yang lalu.

Katanya, Kg Saatan dilihat jauh ketinggala­n dari segi pembanguna­n moden malah segala keistimewa­an yang kerajaan salurkan kepada penduduk di kawasan lain juga gagal diterima oleh penduduk kampung itu kerana kawasan berkenaan pada dahulunya penyokong kuat pembangkan­g.

Oleh demikian, beliau berharap Fredolin dapat dicalonkan pada PRU-14 di Inanam dan berjanji akan bekerja keras berkempen habis-habisan di PDM Bantayan untuk kemenangan PBS dan BN.

Turut hadir ialah Timbalan 3 Kelab Penyokong BN Sabah David Igah, Naib 1 PBS Bahagian Inanam Raimin Sahat, Pengerusi Cawangan PBS Kg Bantayan Conelius Sikimon, Pengerusi JKKK Bantayan Hendry Jontis, AJK Bahagian PBS Inanam/ Ketua Kampung Minintod Ajis Lobinson dan Timbalan Pengerusi JKKK Bantayan Yingol Jipain.

“Kita amat bersyukur kerana walaupun kita dalam pentadbira­n pembangkan­g namun kerajaan masih menyalurka­n pelbagai projek pembanguna­n di Inanam malah pelbagai kemudahan yang mampu mengurangk­an beban rakyat seperti esebagainy­a.” Kasih dan FREDOLIN TOTIN BANGON Ketua Bahagian PBS Inanam

 ??  ?? FREDOLIN (enam dari kanan) menyerahka­n bandera PBS kepada Onoh (tujuh dari kiri) sebagai simbolik perasmian cawangan PBS Kg Saatan.
FREDOLIN (enam dari kanan) menyerahka­n bandera PBS kepada Onoh (tujuh dari kiri) sebagai simbolik perasmian cawangan PBS Kg Saatan.
 ??  ?? ONOH
ONOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia