Utusan Borneo (Sabah)

Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ lakonan Fattah Amin & Niena Baharun di TV2

-

KISAH cinta yang mudah menjadi payah kerana dia anak kepada seorang Jeneral melatari drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Dia Anak Jeneral’ mulai 24 Januari ini, setiap Rabu dan Khamis, jam 8.30 malam menerusi saluran TV2.

Bersiaran sepanjang 26 episod, ikuti kisah seorang gadis dalam keluarga di mana ayahnya selalu memberi arahan seperti dalam pasukan tentera.

Beliau mula merasa tertekan apabila ayahnya bercadang untuk menjodohka­nnya dengan pilihan ayahnya.

Beliau tidak bersetuju dan mula mencari alasan kukuh untuk membantah keputusan ayahnya. Pelbagai rintangan dilaluinya sehingga akhirnya beliau bertemu dengan seorang lelaki dan mula jatuh cinta.

Menampilka­n lakonan mantap Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, dan Fatimah Azzahra, siri adaptasi novel tulisan Hezzy Azra ini mengisahka­n Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mem-punyai tiga orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin.

Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya.

Dato Hambali mahu menjodohka­n Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kawannya.

Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukka­n protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusann­ya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami.

Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato Hambali.

Syirin pula bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Beliau kecewa apabila Nukman seolaholah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohka­n mereka.

Syirin terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanja­t apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya.

Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali.

Beliau kemudianny­a pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur.

Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendakny­a untuk dijodohkan bersama Syirin.

Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.

Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya ‘terpaksa’ untuk bersetuju dengan desakan keluarga.

Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwina­n.

Nukman terserempa­k dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwina­n.

Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempa­k dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritak­an bahawa dia telah bercerai dengan suaminya.

Diara mengaku masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpa dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula terbuka pintu hati untuk menerima Nukman. Syirin kecewa dengan Nukman.

Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihka­n makanan kepada golongan gelandanga­n. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertain­ya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi.

Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminangny­a. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukan mudah dan mereka tidak setaraf.

Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwina­n dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.

Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaann­ya untuk menghantar rombongan meminang Syirin.

Akhirnya Zakhif memberitah­u Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunanga­nnya dengan Syirin dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang.

Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaa­n? Nantikan kesudahann­ya dalam drama bersiri arahan Khalid Nazri, terbitan A.Aida Production ini di TV2.

 ??  ?? PELAKON ‘Dia Anak Jeneral’ di TV2 mulai 24 Januari ini.
PELAKON ‘Dia Anak Jeneral’ di TV2 mulai 24 Januari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia