Utusan Borneo (Sabah)

Serah Kelantan kepada Pas helah pembangkan­g: Mustapa

-

PASIR MAS: Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan wujud perbincang­an antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyerahka­n Kelantan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata dakwaan itu sengaja ditimbulka­n oleh anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk A Kadir Jasin sebagai helah politik semata-mata.

“Ia sengaja dicetuskan bagi menunjukka­n pergeseran antara saya dan Najib serta strategi pihak lawan memandangk­an PRU14 semakin hampir.

“Dakwaan itu dilemparka­n bagi menunjukka­n kita (BN Kelantan) tak serius untuk menang sedangkan kita bertekad untuk kembali memerintah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Umno bahagian Rantau Panjang Senator Datuk Abdullah Mat Yassin dan Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Ab Ghani Harun.

Turut diadakan jualan minyak masak secara terus dari kilang dengan harga RM4 bagi 10 kilogram.

A Kadir baru-baru ini mendakwa Najib membuat keputusan ‘menyerahka­n’ Kelantan kepada PAS sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya Umno-PAS.

Beliau mendakwa keputusan itu dibuat secara bersendiri­an tanpa berunding dengan kepemimpin­an Umno Kelantan sehingga menimbulka­n rasa tidak puas hati pemimpin Umno Kelantan yang lain, termasuk Mustapa.

Mustapa, yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri berkata beliau yakin BN Kelantan mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri itu berdasarka­n perkembang­an semasa politik negara.

“Atas kertas, jika ada pertanding­an tiga penjuru akan menguntung­kan BN kerana akan berlakunya pecah undi. Dalam masa yang sama kami yakin akan kembali mentadbir negeri ini kerana berlaku perubahan-perubahan (di peringkat akar umbi ketika ini),” katanya. -Bernama

 ??  ?? MUSTAPA (kiri) pada program Sembang Bersama Rakyat di Banggol Kulim, Rantau Panjang pada Jumaat.
MUSTAPA (kiri) pada program Sembang Bersama Rakyat di Banggol Kulim, Rantau Panjang pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia