Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing dikata terjun bangunan sebenarnya terjatuh?

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tular di media sosial kononnya seorang lelaki disyaki warga asing terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kerana cuba melarikan diri semasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalanka­n Operasi Ikrar. Bagaimanap­un maklumat polis mengesyaki lelaki berusia 40-an itu terjatuh, bukannya terjun dari bangunan dalam kejadian di Bandar Sabindo, kira-kira jam 9.50 pagi, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada Timbalan Penolong Pengarah Imigresenb­erhubungke­jadian berkenaan.

“Dalam operasi mengesan pendatang tanpa izin (PTI) di bangunan itu, JIM menahan seorang lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen sebarang pengenalan diri,” katanya.

Fadil berkata, ketika operasi masih berjalan, pengadu menerima maklumat daripada salah seorang pegawainya yang mengatakan seorang lelaki disyaki terjatuh dari tingkat tiga.

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarka­n maklumat diterima lelaki terbabit dipercayai ahli keluarga kepada lelaki warga asing yang ditahan oleh JIM dalam operasi itu.

”Setakat ini identiti sebenar lelaki itu masih tidak diketahui dan pihak hospital juga belum mengesahka­n statusnya kerana masih dirawat di Wad Kecemasan,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini siasatan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai kesalahan jenayah tetapi akan ditangkap oleh JIM sebaik selesai menjalani rawatan.

 ??  ?? FOTO tular di aplikasi media sosial ini menunjukka­n lelaki terbabit diberikan rawatan kecemasan.
FOTO tular di aplikasi media sosial ini menunjukka­n lelaki terbabit diberikan rawatan kecemasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia