Utusan Borneo (Sabah)

Kesetiaan yang diuji orang ketiga dalam drama isi slot Chamsarang TV9

-

KITA sering mendengar tentang perkahwina­n yang diduga dan akhirnya hancur disebabkan oleh pihak ketiga. Namun, perasaan suka dan sayang tidak akan timbul jika hanya satu pihak sahaja yang bertepuk sebelah tangan.

Drama ‘Righteous Love’ yang kini ditayangka­n di TV9 menerusi slot Chamsarang mengisahka­n tentang Jang Hee-tae (Uhm Tae-woong) dan Kim II-ri (Lee Si-young) yang mula mengenali antara satu sama lain 13 tahun yang lepas.

Ketika itu, Hee-tae bekerja sebagai guru ganti subjek Biologi di sekolah II-ri. Walaupun menyimpan perasaan terhadap gurunya merupakan satu kesalahan, ll-Ri nekad dengan keputusann­ya. Dan dalam diam, Hee Tae juga mempunyai perasaan yang sama.

II-Ri mengalami kecederaan teruk ketika cuba menyelamat­kan Hee-Tae daripada satu kemalangan dan selepas itu mereka mula berjauhan kerana Hee-Tae meletakkan jawatan.

Tujuh tahun kemudian, mereka bertemu semula tanpa dirancang. Cinta kembali berputik dan membawa ke gerbang perkahwina­n. Perkahwina­n mereka melalui fasa bahagia sehinggala­h munculnya Kim Joon (Lee-Soo-Hyuk).

Kim Joon mula mengenali II-Ri ketika dia mengupah seorang tukang cat untuk mengecat studio barunya. Pada mulanya, Kim Joon tidak berminat dengan II-Ri yang tidak mesra dan suka mengomel. Namun perasaan cinta mula muncul meskipun Kim Joon tahu yang II-Ri sudah bersuami. Cinta Kim Joon terbalas kerana II-ri juga tertarik kepadanya.

Perhubunga­n di antara Kim Joon dan Kim II-ri mula dihidu oleh HeeTae. Mesej daripada nombor yang tidak dikenali membuatkan Hee-Tae mengesyaki sesuatu.

Sangkaanny­a tepat apabila segalanya sudah terbukti dan Hee-Tae memfailkan surat penceraian dan mula hidup berasingan. Namun sebenarnya, HeeTae masih menyayangi bekas isterinya dan enggan melupakan kenangan cinta mereka.

Adakah Kim II-ri akan pulang kepadanya atau meneruskan hubunganny­a dengan Kim Joon? Apakah kesudahan kisah cinta segi tiga ini? Cinta yang manakah yang benar? Nantikan drama lakonan Uhm TaeWoong, Lee Si-young, Lee Soo-Hyuk, Choi Yeo-Jin dan ramai lagi di slot Chamsarang, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang di TV9.

 ??  ?? EMINEM
EMINEM
 ??  ?? Gambar fail yang diambil pada 14 Disember 2017 ini menunjukka­n aktres Meryl Streep tiba untuk tayangan perdana filem ‘The Post’ di Washington, DC. Pada ketika media dituduh menjajakan “berita palsu”, Steven Spielberg, Meryl Streep dan Tom Hanks membawa...
Gambar fail yang diambil pada 14 Disember 2017 ini menunjukka­n aktres Meryl Streep tiba untuk tayangan perdana filem ‘The Post’ di Washington, DC. Pada ketika media dituduh menjajakan “berita palsu”, Steven Spielberg, Meryl Streep dan Tom Hanks membawa...
 ??  ?? LEE SI-YOUNG
LEE SI-YOUNG
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia