Utusan Borneo (Sabah)

LAPAN PENYAMUN DIBERKAS

Dipercayai terbabit kes samun dalam seminggu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan lapan lelaki dalam tempoh seminggu kerana dipercayai­terbabitda­lamkes samun serta mencederak­an seorang lelaki di kawasan pejalan kaki di Padang Bandaran bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejayaan pihak polis melakukan penahanan selepas melakukan siasatan terhadap video yang dimuat naik oleh suspek di media sosial.

Katanya video terbabit menunjukka­n seorang lelaki menendang serta memukul mangsa di Padang Bandaran pada 18 November lalu.

Beliau berkata semasa kejadian, mangsa berumur 21 tahun yang juga seorang buruh sebelum didatangi empat suspek sebelum merompak dan memukulnya kira-kira jam 7.40 pagi.

“Salah seorang suspek turut kelihatan menggunaka­n batang besi untuk memukul mangsa menyebabka­n kecederaan pada bahagian muka dan kepala mangsa.

“Video yang tular terbabit turut menunjukka­n suspek mengambil telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri,” katanya pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Chandra berkata lapan suspek berumur 20 hingga 31 tahun termasuk warga asing terbabit ditahan dalam beberapa serbuan berasingan dalam tempoh seminggu selepas kejadian.

Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Kancil, motosikal dan pisau sepanjang sembilan inci, besi sepanjang 78 sentimeter yang digunakan semasa memukul mangsa serta 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama.

“Dengan tertangkap­nya lapan suspek ini polis berjaya menyelesai­kan kes samun dan empat kes lain di Penampang.

“Kesemua suspek juga disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabka­n kecederaan,” katanya.

 ??  ?? CHANDRA (dua kiri) menunjukka­n batang besi yang digunakan suspek untuk memukul mangsa.
CHANDRA (dua kiri) menunjukka­n batang besi yang digunakan suspek untuk memukul mangsa.
 ??  ?? CHANDRA menunjukka­n foto diambil daripada video yang tular di media sosial.
CHANDRA menunjukka­n foto diambil daripada video yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia