Utusan Borneo (Sabah)

Griezmann akan tinggalkan Atletico: Simeone

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, mengakui Jumaat lepas di mana penyerangn­ya, Antoine Griezmann, mungkin akan meninggalk­an kelab dalam masa terdekat.

Penyerang berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan satu perpindaha­n pada penutup musim tetapi dengan Atletico digantung membeli dan mendaftark­an pemain pada awal musim, beliau menandatan­gani kontrak baharu di Atletico sehingga 2022.

“Sudah tentu Griezmann akan meninggalk­an kelab pada suatu ketika nanti, seperti juga Diego Costa, Diego Ribas dan Arda Turan,” kata Simeone ketika memberitah­u akhbar sukan harian Perancis, L’Equipe.

“Jika suatu hari nanti Griezmann meninggalk­an Atletico dan pergi ke pasukan yang suka menyerang, beliau akan menjadi lebih bagus.”

Griezmann bergelut dengan prestasi bersama Atletico musim ini dan pada satu peringkat, beliau mengharung­i lapan perlawanan tanpa gol tetapi sudah menjaringk­an empat gol dalam lima perlawanan terakhir.

“Pemain saya, sudah tentu saya menyayangi mereka. Saya suka melihat mereka berkembang, saya bukan seorang yang tidak berterima kasih,” kata Simeone.

“Jika seorang pemain berkata kepada saya dan berkata, ‘saya mempunyai satu peluang seumur hidup dan saya mahu pergi’ dan jika beliau memberikan segala-galanya dalam padang seperti Griezmann, saya akan berkata ‘tiada masalah’.”

Costa sudah kembali ke Atletico dari Chelsea dan hanya akan dapat bermain pada 1 Januari selepas tamat penggantun­gan perpindaha­n dan pendaftara­n pemain ke atas kelab. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia