Sedafiat sampaikan enam kategori APECS 2016
enam kategori Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sedafiat (APECS) 2016 disampaikan dalam satu Majlis Makan Malam Tahunan 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Datuk Awang Buhtamam Ag Mahmun berkata APECS disampaikan kepada hospital seluruh negeri melalui perkhidmatan yang cemerlang diberikan.
“Kesemua penerima ini dinilai melalui kecemerlangan yang diberikan dalam perkhidmatan mereka.
“Seramai 82 penerima APECS dan 30 hospital telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.
“Antara kategori APECS adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Syarikat 2016, Anugerah Khas mengikut gred jawatan, Pusat Kecemerlangan, Anugerah Amalan Lima S, Pekerja Cemerlang Vendor dan Sijil Penghargaan Vendor,” katanya.
Beliau berkata demikian pada APECS 2016 dan Majlis Makan Malam Tahunan 2017 di Kota Kinabalu pada Selasa.
Buhtamam berkata selain menilai perkhidmatan berkualiti secara konsisten, Sedafiat juga cuba membuat penambahbaikan tadbir urus syarikat agar terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negeri.
“Usaha ini sebagai satu matlamat Sedafiat untuk memperoleh kosong aduan berkenaan perkhidmatan yang dijalankan.
“Hal ini terbukti apabila kita dapati tiada aduan diperoleh selama tiga hari di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas,” katanya.
Dalam pada itu, dengan perkhidmatan cemerlang, Sedafiat bermatlamat melebarkan perkhidmatannya ke seluruh negara termasuk di rantau Asia.
Turut hadir menyempurnakan majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.-