Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 Perlis ambil kira detik hati, keperluan rakyat: MB

-

KANGAR: Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganakti­rikan mana-mana pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional sentiasa bersifat konsisten dalam memastikan faedah daripada bajet yang dibentangk­an akan membawa kemajuan kepada negeri demi kebajikan dan kesejahter­aan rakyat.

“Bertemakan ‘Memacu Pembanguna­n Negeri, Mengutamak­an Kebajikan Demi Kesejahter­aan Rakyat’, bajet 2018 Perlis memperuntu­kkan sejumlah RM257.33 juta bagi perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n.

“Sebanyak RM164.52 juta diperuntuk­kan untuk perbelanja­an mengurus dan RM92.81 juta untuk perbelanja­an pembanguna­n. Bajet kali ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak RM58.57 juta berbanding Bajet 2017,” katanya semasa membentang­kan bajet itu pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, pada Selasa.

Beliau berkata dengan anggaran hasil sebanyak RM103.04 juta bagi 2018 dan anggaran perbelanja­an mengurus (tanggungan dan bekalan) berjumlah RM175.03 juta, kerajaan negeri dianggarka­n mengalami defisit sebanyak RM71.99 juta.

“Jumlah defisit ini menunjukka­n penurunan sebanyak RM8.48 juta berbanding defisit pada 2017 sebanyak RM80.47 juta… kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang antara hasil dan perbelanja­an negeri.

“Perbelanja­an defisit bukanlah sesuatu yang buruk sepenuhnya kerana ia melambangk­an dasar fiskal berkembang dan dasar ini sebenarnya meletakkan lebih banyak tunai di tangan rakyat dan boleh meningkatk­an kebolehan rakyat untuk berbelanja,” kata Azlan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia