Utusan Borneo (Sabah)

Esscom perkemas prosedur

Mantapkan kesiapsiag­aan menerusi Eksesais Pasak 3

-

SANDAKAN: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memperkema­s prosedur dan meningkatk­an kesiapsiag­aan menerusi Eksesais Pasak 3.

Panglima 13 Briged Esscom Briged Jeneral Hamzah Ismail berkata, seminar dan ‘table top’ itu pertama kali diadakan bagi 2017 dan diharap dapat diguna pakai sebagai platform bagi mengemaski­ni prosedur, seterusnya menyelaras tindakan yang diambil untuk menangani krisis.

“Program ini bertujuan menyelaras pasukan-pasukan yang terlibat dalam sesuatu operasi, selain meningkatk­an jalinan kerjasama antara agensi.

“Selain itu, program berkenaan juga dapat menguji dan menyemak semula tindakan yang perlu diambil serta mendapatka­n kata sepakat demi menjaga keamanan negara,” katanya ketika berucap merasmikan program itu mewakili Panglima Markas Task Force 450 pada Selasa.

Program empat hari yang disertai 135 orang dari pelbagai agensi di salah sebuah hotel terkemuka di sini, turut dihadiri Timbalan Komander Esscom Datuk Badrulhish­am Muhammad.

Menurut beliau, Pasak 1 dan 2 telah dilaksanak­an Esscom masing-masing pada tahun 2014 di Sandakan dan 2015 di Tawau bagi tujuan sama.

“Program ini bertujuan menyelaras pasukanpas­ukan yang terlibat dalam sesuatu operasi, selain meningkatk­an jalinan kerjasama antara agensi. Selain itu, program berkenaan juga dapat menguji dan menyemak semula tindakan yang perlu diambil serta mendapatka­n kata sepakat demi menjaga keamanan negara.

BRIGED JENERAL HAMZAH ISMAIL Panglima 13 Briged Esscom

 ??  ?? HAMDAN (tengah, depan) mengabadik­an gambar kenangan bersama para peserta Eksesais Pasak 3.
HAMDAN (tengah, depan) mengabadik­an gambar kenangan bersama para peserta Eksesais Pasak 3.
 ??  ?? HAMDAN menyampaik­an ucapan perasmian.
HAMDAN menyampaik­an ucapan perasmian.
 ??  ?? PARA peserta Eksesais Pasak III yang menghadiri seminar empat hari di salah sebuah hotel di Sandakan.
PARA peserta Eksesais Pasak III yang menghadiri seminar empat hari di salah sebuah hotel di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia