Utusan Borneo (Sabah)

RSTC dijadikan destinasi pelanconga­n di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kelab Lumba Kuda Diraja Sabah (RSTC) akan dinaik taraf menjadi salah satu destinasi pelanconga­n terkemuka di Sabah.

Pengerusin­ya Datuk Peter T F Chin berkata, pihaknya kini telah menjalinka­n kerjasama erat dengan Hong Kong Jockey Club khususnya dalam siaran langsung sukan itu.

“Selain kerjasama itu, RSTC juga menjalinka­n kerjasama dengan Singapore Turf Club. Pusat kita di Tambalang Tuaran kini dalam proses menaiktara­f dan sudah pasti mampu menarik lebih banyak pelancong datang untuk melabur di sini.

“Sekitar pusat perlumbaan kita di Tambalang Tuaran mempunyai tanah seluas 147 ekar, saya menyeru kerajaan menaiktara­f tanah-tanah itu agar mempunyai fasiliti yang setanding dengan kemudahan sukan itu di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, RSTC akan memberikan kerjasama kepada agensi berkaitan sekiranya usaha menaiktara­f itu dilaksanak­an demi menarik lebih banyak pelancong luar negara.

Menurut Peter, RSTC juga mempunyai sebidang tanah yang luas di kawasan kepayan dan kini hanya tinggal 13.2 ekar dan dalam proses perbincang­an bersama pihak berkaitan.

“Sebelum ini, tanah seluas 5.4 ekar di sepanjang Jalan Kepayan telah dijual kepada pihak berkepenti­ngan untuk tujuan pembanguna­n.

“RSTC kini juga memiliki sebidang tanah dan bangunan Runway Cafe di Tanjung Aru yang mana akan dijadikan ibu pejabat pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, RSTC juga sangat aktif dalam projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) setiap tahun.

Katanya, tahun ini sebanyak 10 pusat kebajikan telah menerima RM2,000 setiap satu daripada RSTC.

“Antara rumah kebajikan itu ialah Bukit Harapan, Sabah Cheshire Home, Rumah Bakti Harapan, Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis, Rumah Warga Tua Sri Pritchard dan banyak lagi.

“Usaha murni ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi meringanka­n beban kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

 ??  ?? PETER (lima kiri) merakamkan gambar kenangan ketika mengetuai delegasi RSTC ke Longines Hong Kong Internatio­nal Races.
PETER (lima kiri) merakamkan gambar kenangan ketika mengetuai delegasi RSTC ke Longines Hong Kong Internatio­nal Races.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia