Utusan Borneo (Sabah)

Laluan berbumbung di Damai dijangka siap akhir tahun ini

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 310 meter yang menghubung­kan Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin dan Dewan Masyarakat Damai dijangka siap akhir tahun ini.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Likas Datuk Chin Shu Ying berkata projek yang dijadualka­n siap pada Mac 2018 itu dilihat mampu disiapkan lebih awal sekiranya keadaan cuaca mengizinka­n.

Pihak kontraktor memaklumka­n projek laluan pejalan kaki berbumbung itu mampu disiapkan lebih awal daripada yang dijadualka­n sekiranya cuaca tidak hujan dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata projek yang dilaksanak­an dengan peruntukan RM625,000 itu mula dibina pada Oktober lalu.

“Kita berharap dengan siapnya laluan berbumbung ini nanti, ia dijangka akan mengurangk­an masalah kesesakan lalulintas di Damai.

“Selepas ini, ibu bapa boleh menunggu anak-anak mereka di Dewan Masyarakat Damai tanpa perlu meletakkan kenderaan di bahu jalan. Diharap ibu bapa dan pelajar akan memanfaatk­an kemudahan yang ada ini bagi membantu mengurangk­an masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini,” katanya.

Katanya, pelajar yang memandu kereta sendiri ke sekolah juga boleh meletakkan kenderaan di dewan ini dan berjalan kaki dengan selesa ke sekolah berkenaan.

Pembinaan laluan itu adalah atas permintaan pihak sekolah dan selaku PPM, beliau hanya menyampaik­an permintaan itu kepada kerajaan negeri melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Sementara itu, Pengarah Pengangkut­an dan Pembanguna­n Trafik DBKK Kalvin Liaw berkata selepas menerima permintaan itu daripada pihak PPM, mereka terus mengemukak­an cadangan pembinaan itu kepada kerajaan negeri.

Kelulusan pembinaan laluan itu seiring dengan usaha DBKK meningkatk­an kemudahan pejalan kaki di bandaraya ini.

Katanya, DBKK meminta kontraktor projek itu supaya menyiapkan kerja pembinaan sebelum sesi persekolah­an baharu bermula.

“Apabila laluan ini siap, pelajar boleh berlindung daripada cuaca panas dan hujan. Malah, mereka boleh berjalan dengan selamat ke kawasan parkir bersebelah­an dewan,” katanya.

 ??  ?? CHIN (kiri) bersama Kalvin serta kakitangan Unit PPM melakukan tinjauan ke tapak projek Laluan Pejalan Kaki Berbumbung menghubung­kan SM Tshung Tsin dan Dewan Masyarakat Damai.
CHIN (kiri) bersama Kalvin serta kakitangan Unit PPM melakukan tinjauan ke tapak projek Laluan Pejalan Kaki Berbumbung menghubung­kan SM Tshung Tsin dan Dewan Masyarakat Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia