Utusan Borneo (Sabah)

Yusop ulangi pendirian akan tetap bersama UMNO

Yusof Apdal mengulangi pendirian

-

KUALA LUMPUR:Ketua Umno bahagian Silam Datuk Yusof Apdal mengulangi pendirian untuk meneruskan karier politknya bersama Umno dan sama sekali tidak akan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan abangnya, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Mengakui pernah dipelawa untuk menyertai parti itu di peringkat awal, Yusof, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu berkata, pendiriann­ya teguh mahu bersama parti berusia 71 tahun itu kerana sangat yakin dengan kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dalam keluarga memang kami bersama-sama bagaimanap­un perjuangan politik kami berbeza, kami tidak sehaluan, dan dia (Shafie) faham pendirian saya sebagaiman­a saya faham pendirian dia,” katanya ketika ditemui Bernama sempena Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di sini, pada Sabtu.

Yusof menegaskan bahawa denyut nadinya bersama Umno sama sekali tidak akan terhenti, dan ia berasaskan kepada pendirian asalnya ketika mula-mula menyertai Umno iaitu berjuang untuk rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.

“Maka dengan itu saya tidak dipengaruh­i dengan tekanan kekeluarga­an mahu pun politik, apa juga cabaran yang saya hadapi dalam dunia

DATUK YUSOF APDAL Ketua Umno bahagian Silam

politik ini adalah adat resam biasa dan semua orang tidak terkecuali daripada diuji,” katanya.

Malah beliau tidak mahu menghampak­an penduduk di DUN Lahad Datu termasuk lebih 51,000 anggota Umno di bahagianny­a di Silam, yang pastinya menaruh harapan dan keyakinan tinggi terhadap beliau.

Ditanya mengenai pandangan beliau mengenai pengaruh abangnya dan parti Warisan itu sendiri, Yusof bagaimanap­un tidak mahu mengulas secara langsung berkenaan hal tersebut, namun berkata ia mungkin hanya berkelebih­an di kawasan Shafie itu sendiri.

“Dalam keluarga memang kami bersamasam­a bagaimanap­un perjuangan politik kami berbeza, kami tidak sehaluan, dan dia (Shafie) faham pendirian saya sebagaiman­a saya faham pendirian dia, ”

 ??  ?? YUSOF
YUSOF
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia