Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh bintang Gegar Vaganza berentap di separuh akhir

-

KONSERT Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) suku akhir pada minggu lepas menyaksika­n penyanyi dan pelakon Aqasha diumumkan sebagai bintang terkini yang tersingkir selepas mendapat markah terendah berbanding peserta lain selepas dinilai oleh juri profesiona­l.

Dengan penyingkir­an itu, seramai tujuh lagi bintang akan mara ke minggu separuh akhir pada malam ini iaitu Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Aishah dan Syura.

Cabaran konsert di minggu separuh akhir yang bertemakan Goyang Kaki Goyang Tangan & OST akan melihat Aishah akan menyanyika­n lagu ‘River Deep Mountain High’ (Tina Turner) dan ‘Keranamu Kekasih’ (Illa Sabri), Firman menyanyika­n lagu ‘I Feel Good’ (Chris Brown) dan ‘Menanti Sebuah Jawaban’ (Padi), Hazami dengan lagu ‘Getaran’ (Famieza) dan ‘Hello’ (Lionel Richie), Liza Hanim dengan ‘Kesal’ (Ella) dan ‘Jagalah Diri’ (Jaclyn Victor), Lan dengan ‘Kalis Rindu’ (Elyana) dan ‘Ukiran Jiwa’ (Awie), Syura dengan ‘Dokter Cinta’ (Dewi Dewi) dan ‘Cinta Antara Bernua’ (Arni Nazira), dan Tia Jinbara lagu ‘Hukum Karma’ (Wings) dan ‘Isabella’ (Search).

Hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula akan menyanyika­n lagu ‘Opera Hidup’ (Wings) dan ‘Aspalela’ (Saiful Apek) sebagai persembaha­n pembukaan.

Konsert mingguan GV4 dipancarka­n secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmat­an ‘on demand’ untuk lebih fleksibel.

Masih mengekalka­n format asal, nasib para bintang diadili sepenuhnya berdasarka­n sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain manakala naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi.

Pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masingmasi­ng akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

 ??  ??
 ??  ?? LIZA Hanim, Tia Jinbara, Firman, Syura, Lan, Aishah dan Hazami dalam konsert separuh akhir malam ini.
LIZA Hanim, Tia Jinbara, Firman, Syura, Lan, Aishah dan Hazami dalam konsert separuh akhir malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia