Utusan Borneo (Sabah)

‘Cinta Pandang Pertama The Musical’ di Sintok Kedah esok

-

BEBERAPA artis yang bergelar pelajar jurusan ijazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menjayakan pementasan muzikal Cinta Pandang Pertama The Musical di Sintok, Kedah, esok (11 Dis).

Mereka terdiri daripada Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok, Aril, Zahid, Haziq, Maulana, Akma Abdullah, Layka dan Amir Syazwan.

Turut terlibat adalah Ashraf Asimudin (Achap- Pretty Ugly) , Azran Hamzah (Ayie/ Awe – The Quest), Ammar Habib (Drama Band) , Amir Ali (pemain flute) serta Kautsar Mat Sin (Alam Band) selaku pengarah muzik.

Pementasan muzikal Cinta Pandang Pertama yang diarahkan Raja Mukhriz ini adalah projek khas melibatkan 38 orang pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur bagi semester kelima bersempena majlis penyampaia­n Anugerah Dekan yang diberikan kepada mereka yang layak.

Berkisar tentang cinta dan persahabat­an, Cinta Pandang Pertama The Musical menggarapk­an kisah-kisah mencuit hati di kalangan pelajarpel­ajar BCIM/UUM Kuala Lumpur ini sewaktu kali pertama menjejakka­n kaki ke universiti terutama apabila melihat rakan seperjuang­an sama dan sudah lama dikenali di dalam industri seni turut menyertai jurusan ijazah yang sama.

Antara lagu yang bakal disampaika­n pelajarpel­ajar BCIM/UUM di dalam pementasan muzikal ini adalah ‘Coba’ (Amir SYazwan), medley ‘Cek Mek Molek’ & ‘Pencuri Hati’ (Zahid), ‘1234u’ (Fattah Amin), ‘Berlari’ (Tomok), ‘Aku Yang Sebenar’ (Aril), medley ‘Gelisah’ & ‘Dikau Sumber Ilhamku’ (Haziq) serta ‘Kuch Kuch Hota Hai’ (Akma).

Bakal dipentaska­n di Dewan Muadzam Shah di Sintok Kedah pada 11 Disember 2017 ini, Cinta Pertama The Musical turut dibuka kepada orang luar. Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM5 sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia