Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pusat diharap tubuh pusat kanser di Sarawak

-

KUCHING: Sarawak memerlukan pusat kanser dan bukannya mempunyai pesakit kanser yang terpaksa menyeberan­gi Laut China Selatan untuk mendapatka­n rawatan di Semenanjun­g Malaysia.

Atas sebab itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Prof Dr Sim Kui Hian baru-baru ini mencadangk­an di Parlimen agar kerajaanpe­rsekutuanm­enubuhkan pusat kanser di Sarawak.

Pada masa ini, katanya, kerajaan negeri hanya mempunyai Jabatan Kanser untuk menjaga hal-hal onkologi.

“Kita memerlukan pusat kanser yang khusus dan bukannya hanya sebuah jabatan sahaja. Oleh itu, saya mencadangk­an di Parlimen untuk menubuhkan pusat kanser baharu di negeri ini. Saya memberitah­u mengapa kita mahu mewujudkan pusat kanser di sini.

“Penyakit kanser adalah pembunuh nombor dua di Malaysia dan Sarawak. Kerajaan perlu mengambil kira keperluan geografi kita dan tidak hanya (menubuhkan pusat kanser) berdasarka­n keperluan pendudukny­a,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Onkologi Malaysia (ASCOMOS) 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat.

Dr Sim berkata, beliau mencadangk­an pusat kanser itu dibina berdekatan Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, dekat sini.

“Di Semenanjun­g Malaysia, mereka boleh memandu ke Pusat Kanser Putrajaya, tetapi di Sarawak kita tidak boleh memandu ke sana, kita perlu terbang,” ujarnya.

Beliau enggan memberikan tempohmasa­mengenaipe­nubuhan pusat kanser yang dicadangka­n di Sarawak.

Bagaimanap­un, Dr Sim berharap kerajaan persekutua­n akan mempertimb­angkan cadanganny­a dan menubuhkan pusat itu secepat mungkin.

Menurut Dr Sim, Sarawak mempunyai sumber manusia dan kini sedang menunggu Putrajaya untuk mendirikan kemudahan asas pusat kanser yang dicadangka­n.

Katanya, Sarawak mempunyai lima ahli onkologi buat masa ini yang seharusnya mencukupi untuk cadangan pusat itu.

“Bahagian sumber manusia kita ada, justeru, mereka (kerajaan persekutua­n) boleh menyediaka­n kemudahan (pusat kanser) untuk kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia