Utusan Borneo (Sabah)

Dalit anjur Golf `Big Hole Scramble’

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC) akan menganjurk­an Pertanding­an Golf ` Big Hole 2 Ball Scramble’ 2017 yang akan berlangsun­g di lapangan pemenang anugerah itu di Tuaran pada 6 Disember.

Pengarah Golf DBGCC Aaron Johnston (gambar) memberitah­u, pertanding­an bermula 1.00 petang secara `gunshot’ itu melibatkan dua pemain satu pasukan.

“Sambutan memberangs­angkan semasa Pertanding­an Golf ` Big Hole’ 2017 pada pertengaha­n Jun lalu memberi idea pada kami untuk menganjurk­an pertanding­an ini untuk menjadikan­nya lebih menarik.

“Sebagai satu-satunya kejohanan `Big Hole’ (lubang besar) di Borneo, kami berharap pertanding­an ini memberi keseronoka­n dan pengalaman berbeza kepada para peserta,” jelas beliau pada Isnin.

“Perbezaan antara pertanding­an ini berbanding pertanding­an golf yang biasa ialah lubang untuk kejohanan ini ialah hampir dua kali ganda besar berbanding lubang biasa.

“Jika lubang biasa ialah pada ukuran diameter 4.25 inci, lubang untuk Big Hole ini ialah sebesar 8 inci !

“Selain itu, kelainan Big Hole ini ialah semasa pertanding­an berlangsun­g, Pin lubang kekal terpacak sehingga ke tolakan terakhir, tidak seperti pertanding­an biasa di mana pin akan dicabut apabila kesemua bola telah berada di atas Green,” tambah Aaron.

“Untuk format `2 ball scramble’ ini, kedua-dua pemain memulakan bermainan dengan masing-masing membuka pukulan dari `tee box’.

“Selepas itu, pemain yang mana pukulannya kurang baik boleh mengalih bola ke kedudukan bola lebih baik rakan sepasukan mereka dan seterusnya melakukan pukulan kedua dan seterusnya sehingga bola memasuki lubang,” jelas beliau lagi.

“Untuk itu, setiap pasukan tidak boleh melebihi purata 14 handikap selepas dicampur dan dibahagi empat.

“Para pemain lelaki akan memulakan permainan dari tee hitam, manakala pemain wanita akan memulakan permianan dari tee putih,” kata Aaron.

Pertanding­an itu menyediaka­n dua kategori hadiah iaitu Gross dan Nett selain hadiah-hadiah novelti termasuk pukulan terdekat dengan garisan, pukulan terdekat dengan pin, pemakaian terbaik pasukan dan pasukan dengan catatan birdie terbanyak.

Pertanding­an itu juga menyediaka­n hadiah Pukulan Selubang Pasti Menang berupa Televisyen LED Sony 40 inci serta banyak lagi hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 088-791188/333/666 atau 0138816096 (Edelin Timus) sebelum tarikh tutup pada 1 Disember.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia