Utusan Borneo (Sabah)

ESSCOM LAKSANA SCP

Pastikan perairan selamat daripada penceroboh­an anasir luar

-

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melaksanak­an pusat pemeriksaa­n di laut atau Sea Check Point (SCP) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi memperting­katkan keselamata­n di perairan berkenaan.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, pelaksanaa­n SCP itu bertujuan mengimbang­i dan meningkatk­an kawalan keselamata­n secara menyeluruh serta memastikan kelancaran kegiatan perdaganga­n sosio ekonomi dengan mematuhi peraturan sedia ada.

"Fokus utama SCP adalah untuk menyekat kemasukan senjata api dan lain-lain elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamata­n di kawasan negeri ini khususnya kawasan Esszone.

"Esscom juga sedang dalam peringkat mengkelask­an 'Designated route' yang melibatkan agensi-agensi laut untuk dikemukaka­n kepada Pejabat Peguam Negeri bagi tujuan pewartaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abd Muis Picho (BNSebatik) berhubung tindakan yang diambil kerajaan bagi memastikan perairan negeri ini terus selamat daripada penceroboh­an anasir luar.

Musa yang juga pengerusi Esscom berkata, pihaknya juga merancang untuk melaksanak­an pemeriksaa­n di daratan atau Road Check Point (RCP) yang bertujuan menghalang kemasukan elemen yang mengancam keselamata­n di pantai timur Sabah.

Pada masa sama, ia juga berperanan dalam mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin (PTI) yang terbabit dengan elemen militan.

“Misalnya, pada 7 November tahun ini, aktiviti Trilateral Maritime Patrol antara KD Sri Gaya dengan Kapal Tentera Laut Filipina BRP Cebu telah bersama mengadakan rondaan di perairan masing-masing.

“Keesokkan harinya, aktiviti Trilateral Air Patrol di bawah Trilateral Cooperativ­e Arrangemen­t (TCA) juga diadakan di ruang udara Esszone bersama pasukan keselamata­n dari Malaysia, Indonesia dan Filipina," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata Arahan Perintah Berkurung bagi Fasa ke-76 yang berakhir 14 November lepas berjaya mengawal pengaruh anasir-anasir jahat dari luar dan meningkatk­an kawalan keselamata­n di pantai timur negeri ini.

Katanya, selain memastikan keselamata­n penduduk di kawasan Esszone terjamin, ia juga memudahkan pemantauan bot mencurigak­an, sekat aktiviti penyeludup­an manusia, senjata api, dadah penculikan dan jenayah rentas sempadan.

“Secara keseluruha­nnya, jumlah peruntukan untuk pengurusan Esscom sejak penubuhann­ya adalah sebanyak RM71.9 juta, manakala sejumlah RM219.1 juta peruntukan perbelanja­an pembanguna­n,” katanya.

Musa berkata, kerajaan negeri akan membina Ibu Pejabat Esscom di Lahad Datu termasuk bangunan pejabat, jeti serta kuarters dengan peruntukan sebanyak RM222 juta.

 ??  ?? MUSA (tiga kanan) bersama tiga timbalanny­a, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua kanan), Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kanan), Datuk Seri Panglima Raymond Tan (kiri) berbincang bersama Pembantu-Pembantu Menteri sebelum bermulanya persidanga­n.
MUSA (tiga kanan) bersama tiga timbalanny­a, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua kanan), Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kanan), Datuk Seri Panglima Raymond Tan (kiri) berbincang bersama Pembantu-Pembantu Menteri sebelum bermulanya persidanga­n.
 ??  ?? PEMBANTU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Mohd. Edris (kanan) bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd. Arif di DUN Sabah.
PEMBANTU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Mohd. Edris (kanan) bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd. Arif di DUN Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia