Utusan Borneo (Sabah)

James Franco berharap filem ‘Disaster Artist’ diterima

‘Filem terburuk pernah dihasilkan’

-

KETIKA James Franco mula mengarah ‘The Disaster Artist’, satu tatapan belakang tabir yang melanggar tatasusila bagi pembikinan ‘The Room’ pada 2003, yang sering dipanggil salah sebuah filem terburuk pernah dibuat, dia berkata ia bukan untuk mengejek pencipta ‘Room’ Tommy Wiseau.

Franco, yang turut berlakon sebagai Wiseau yang aneh laku dengan loghat pelik dalam ‘The Disaster Artist’, berkata dia percaya filem itu menyampaik­an minat mendalam Wiseau bagi medium tersebut, walaupun

‘The Room’ dikritik begitu hebat.

“Dia adalah artis dari segi itu, jadi ‘The Room’ adalah satu bencana dan ia adalah satu karya seni,” kata Franco dalam satu temu ramah di tayangan perdana ‘The Disaster Artist’ baru-baru ini di festival Institut Filem Amerika (AFI) di Los Angeles.

Franco merekrut saudaranya Dave Franco untuk berlakon sebagai rakan bintang Wiseau, Greg Sestero, yang samasama menulis buku ‘The Disaster Artist: My Life Inside The Room, The Greatest Bad Movie Ever Made’, yang menjadi dasar bagi filem Franco.

“Kami tidak mahu mempersend­akan ‘The Room’ atau Tommy Wiseau,” kata Dave Franco.

“Sebaliknya, kami mahu meraikan Tommy dan kami mahu meraikan filem ini dan meraikan orang yang ada impian dan enggan menerima tidak sebagai jawapan,” ujarnya.

Dalam ‘The Disaster Artist’, yang akan ditayangka­n di pawagam Amerika Syarikat bermula 1 Disember, Wiseau dan Sestero merasa terkilan dengan Hollywood dan memutuskan untuk membuat filem mereka sendiri, yang dibiayai, diarah dan dibintangi Wiseau.

Filem itu menunjukka­n, malah sekarang, bahawa tidak ada orang tahu umur Wiseau, dari mana dia berasal dan bagaimana dia ada AS$6 juta (RM25.8 juta) untuk mencipta “filem terburuk pernah dibuat”.

“Orang akan mempersend­akan ‘The Room’ tetapi 15 tahun kemudian, ia masih memenuhi panggung di seluruh dunia,” kata Sestero. “Pada saat ini, bagaimanak­ah kita dapat menganggap­nya filem terburuk? Ia satu kejayaan, tahu tak.” — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? JAMES Franco sebagai Wiseau dalam ‘Disaster Artist’.
JAMES Franco sebagai Wiseau dalam ‘Disaster Artist’.
 ??  ?? TOMMY Wiseau sebagai pengarah dan pelakon utama filem ‘The Room’.
TOMMY Wiseau sebagai pengarah dan pelakon utama filem ‘The Room’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia