Utusan Borneo (Sabah)

Pengamal media disaran perjelas kandungan peruntukan Bajet 2018 kepada Sarawak

-

KUCHING: Para pengamal media tempatan disaran memainkan peranan memperjela­skan kandungan peruntukan Bajet 2018 kepada Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Oktober lalu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau mahu media Sarawak membantu kerajaan terutama kementeria­nnya, menguar-uarkan bagaimana peruntukan dalam Bajet 2018 yang diberi kepada Sarawak dapat digunakan sebaik mungkin.

“Saya menyifatka­n Bajet 2018 sebagai bajet yang begitu menyeluruh yang menyentuh setiap lapisan dan segmen masyarakat daripada mereka yang masih hidup, meninggal termasuk mereka yang belum dilahirkan.

“Misalnya tahun ini, peruntukan RM1 bilion untuk Sarawak seperti diumumkan dalam Bajet 2018 bagi membaik pulih sekolah daif, akan dipercepat­kan melalui kaedah Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS).

“Maknanya, bukan sahaja Jabatan Kerja Raya (JKR) kena bersedia memastikan pasukan dapat membuat rekaan selain menyediaka­n projek tetapi para kontraktor, konsultan dan pembekal harus bersama memastikan bahawa peruntukan ini dapat digunakan sepenuhnya kerana fokus kita adalah untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaa­n Media Kementeria­n Kerja Raya (KKR) di sebuah hotel terkemuka di sini, Sabtu malam .

Seramai 12 wartawan dan jurugambar diiktiraf pada Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2017 anjuran KKR dengan kerjasama CIDB.

“Ini adalah salah satu peranan utama rakan media untuk memastikan bagaimana pelaksanaa­n membina sekolah daif di negeri ini dapat dilaksana dengan sebaik mungkin mengikut standard dan mengikut peruntukan ditetapkan,” kata Fadilah.

Justeru, beliau menyaranka­n media Sarawak terus menjadi pemantau yang sentiasa melaporkan dan memberi maklum balas tepat agar matlamat kerajaan menyediaka­n infrastruk­tur yangterbai­kkepadarak­yatdan negeri dapat disempurna­kan dengan sebaik mungkin.

Bercakap mengenai majlis itu, Fadillah berkata, ia adalah sebagai meraikan sumbangan wartawandi­sampingmem­beri pengiktira­fan kepada karya kewartawan­an pembinaan tempatan terbaik bagi negeri Sarawak.

“Semoga majlis ini menjadi medium mengeratka­n hubungan silaturahi­m, saling mengenali, bertukar fikiran dan mengembang­kan idea dalam usaha KKR berhadapan dengan cabaran pada masa kini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia