Utusan Borneo (Sabah)

Pesara rugi RM25,360 ditipu pakej umrah

-

KUANTAN: Seorang pesara kerajaan menanggung kerugian RM25,360 setelah diperdaya oleh seorang ustaz yang ‘lenyap’ bersama duit berkenaan selepas mangsa menjelaska­n bayaran bagi pakej mengerjaka­n umrah bersama keluarga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 71 tahun telah membuat pembayaran pendahulua­n pakej umrah sebanyak RM6,000 kepada suspek pada bulan Ogos 2015.

“Pengadu merancang menunaikan umrah bersama isteri, anak dan cucu pada musim cuti akhir persekolah­an tahun 2015 dengan pakej RM6,790 bagi dewasa dan RM4,990 bagi kanakkanak sepanjang tempoh bulan Ogos hingga November 2015.

“Pengadu kemudian telah beberapa kali menyerahka­n baki wang pembayaran sehingga bayaran penuh sebanyak RM25,360 selesai pada penghujung­2015,”katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Katanya, pengadu kemudian cuba menuntut pakej umrah yang telah ditawarkan namun gagal selain membuat beberapa rundinganu­ntukmendap­at kembali wang tersebut daripada suspek tetapi gagal.

Beliau berkata, mangsa kemudian pergi ke pejabat suspek yang beralamat di Kuantan semalam yang didapati telah ditutup dan selepas itu mangsa membuat laporan polis berhubung penipuan tawaran pakej umrah berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Wazir berkata, polis telah mengenal pasti identitisu­spekdankes­akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia