Utusan Borneo (Sabah)

40 keluarga terima bantuan

-

SANDAKAN: Sebanyak 40 keluarga dari tujuh kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong menerima bantuan berupa makanan berbungkus menerusi program bantuan Sayang Sabah.

Penyampaia­n bantuan yang dilakukan secara ziarah dari rumah ke rumah itu disempurna­kan oleh Adun Sekong Datuk Samsuddin Yahya bersama rombongan Pemuda dan Puteri Umno Batu Sapi.

Samsuddin berkata sumbangan itu antara bantuan yang disalurkan kerajaan kepada penduduk kepulauan dalam usaha meringanka­n beban rakyat yang tergolong miskin tegar.

Menurutnya, selain bantuan seumpamany­a, kerajaan juga akan menbaikpul­ih 70 rumah dalam DUN Sekong menerusi Program Baik Pulih Rumah bernilai RM10 ribu bagi setiap rumah.

“Inisiatif membaiki rumah masyarakat dilaksanak­an sebagai usaha memberi keselesaan kepada penduduk kepulauan yang mendiami rumah usang selain tidak mempunyai modal untuk membaiki rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sayang Sabah di Zon Kepulauan DUN Sekong pada Rabu.

Dalam pada itu, Samsuddin yang juga ketua bahagian Umno Batu Sapi mengingatk­an kepada penduduk yang mendiami kawasan kepulauan agar tidak menerima sewenangwe­nangnya kehadiran pihak pembangkan­g yang cuba memenangi hati rakyat.

Katanya, kehadiran mereka dengan pelbagai propaganda hanya untuk meraih sokongan selain menabur pelbagai janji palsu yang tidak dapat ditunaikan.

“Ia berbeza dengan kepimpinan kerajaan sentiasa menyantuni hati rakyat dengan menbawa pembanguna­n atau menyalurka­nbantuanse­matamata demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Terdahulu, beliau meninjau pembinaan masjid baharu di Kampung Pulau Shanghai dalam DUN Sekong yang telah disiap dibina. Pembinaan masjid itu merupakan projek khas daripada Perdana Menteri bernilai RM500 ribu untuk tahun ini.

Hadir sama, PPM Sekong Zantapha Zainal Abidin, Naib Ketua Pemuda Mohd Azmi Haji Jamal, Naib Ketua Puteri Khatijah Ebrahim serta kakitangan Unit PPM DUN Sekong.

 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan kepada 40 keluarga dari tujuh kampung di DUN Sekong.
SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan kepada 40 keluarga dari tujuh kampung di DUN Sekong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia