Utusan Borneo (Sabah)

Penukaran nama jambatan sudah dikemuka kepada JKR

- Oleh DELLROY

CADANGAN menukar nama Jambatan Natanduan kepada Jambatan Inalisan telahpun dikemukaka­n kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kelulusan kerajaan.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata penukaran nama jambatan itu berasas kerana lokasi jambatan itu di Kampung Inalisan dan bukannya di Kampung Natanduan yang terletak beberapa kilometer dari jambatan itu.

“Jambatan ini adalah laluan alternatif bagi orang ramai menyeberan­gi Sungai Pegalan ke kawasan di Lagud Sebrang seperti Taman Pertanian Sabah dan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Kelanyaan sekiranya Jambatan Binai tidak dapat dilalui akibat banjir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Melalap mengingatk­an rakyat agar tidak mudah terpengaru­h dengan kempen pembangkan­g untuk mengubah kerajaan, sedangkan kerajaan sekarang giat membantu rakyat dan memberikan peruntukan pembanguna­n, malah sentiasa prihatin, komited dan menghormat­i adat kebudayaan rakyat berbilang kaum.

“Pucuk pimpinan kerajaan BN Sabah juga sentiasa turun padang bertemu rakyat dan berkhidmat untuk semua golongan rakyat di negeri ini.

“Malah, Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kewangan serta Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah juga turun padang meninjau keadaan Jalan BinsilonTu­mantalik, pada tahun lepas.

“Saya bukan sahaja telah mengemukak­an surat susulan kepada mereka tetapi juga telah menyerahka­n permohonan kepada Perdana Menteri melalui Menteri Komunikasi dan Multimedia agar kerajaan Persekutua­n dapat memberi peruntukan untuk menaiktara­f Jalan BinsilonTu­mantalik sepanjang lapan kilometer itu,” katanya.

Beliau berucap demikian di majlis penyampaia­n sumbangan bahan makanan anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tenom dan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Melalap bertempat di Balairaya Kampung Lagud, Tenom pada Sabtu.

Seramai 30 ketua keluarga berpendapa­tan rendah yang menerima sumbangan bahan makanan itu.

Radin berkata pelaksanaa­n program itu membuktika­n keprihatin­an kerajaan BN seiring dengan akujanjiny­a melaksanak­an inisiatif untuk meringanka­n bebanan hidup rakyat berbilang kaum di Sabah.

Menurutnya, disebabkan peruntukan pada tahun ini, hanya 15 rumah PPRT akan dibina di daerah ini berbanding 35 pada 2016.

Beliau menjelaska­n kelulusan sesuatu permohonan bantuan kerajaan seperti permohonan rumah PPRT dibuat berdasarka­n bancian dan semakan kelayakan para pemohon itu oleh satu jawatankua­sa dikenali sebagai ‘Focus Group’ yang dipengerus­ikan oleh pegawai daerah, manakala wakil rakyat kawasan berkenaan juga anggota jawatankua­sa itu.

“Jawatankua­sa ini bertanggun­gjawab membuat bancian dan menyemak status pemohon sesuatu bantuan kerajaan seperti PPRT dan lain-lain agar hanya pemohon yang benarbenar layak menerimany­a dan memastikan program itu mencapai matlamatny­a,” katanya.

Katanya, rakyat harus memahami prosedur permohonan program kerajaan itu kerana kejayaanny­a memerlukan kerjasama serta sokongan rakyat di kawasan berkenaan.

 ??  ?? RADIN mengabadik­an kenangan bersama para penerima.
RADIN mengabadik­an kenangan bersama para penerima.
 ??  ?? RADIN bersalaman dengan para penduduk kampung sebaik tiba di majlis itu.
RADIN bersalaman dengan para penduduk kampung sebaik tiba di majlis itu.
 ??  ?? RADIN menyampaik­an bahan makanan kepada para penerima.
RADIN menyampaik­an bahan makanan kepada para penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia