Utusan Borneo (Sabah)

Mohd Azhari johan Pentas 6 Juara

‘Ghazal Untuk Rabiah’ bawah tuah, turut dinobat vokal terbaik

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

PENTAS 6 Juara, satu pertanding­an nyanyian bagi mencungkil bakat baharu di sekitar Sandakan, Kinabatang­an dan Beluran yang telah melabuhkan tirainya menyaksika­n bekas juara Bintang Sandakanfm 2014, Mohd Azhari Hazalan dinobatkan sebagai johan keseluruha­n pertanding­an itu yang telah diadakan di Dewan Sri Lamag, Kinabatang­an.

Azhari yang menyertai pertanding­an berkenaan dalam kategori Irama Malaysia dengan membawakan lagu berjudul ‘Ghazal Untuk Rabiah’ berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000. Lebih menarik, beliau turut dinobatkan sebagai vokal terbaik dan membawa pulang wang tunai RM500.

Beliau yang juga johan bagi kategori berkenaan turut menerima hadiah RM700, sijil, piala dan rakaman sebuah lagu single di bawah naungan Generasi Studio.

Tempat kedua kategori Irama Malaysia dinobatkan kepada Izzati Ahmad, 19, sementara tempat ketiga jatuh kepada Noraina Amin, 28. Izzati Ahmad membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, sijil, piala dan rakaman sebuah lagu single bersama Generasi Studio manakala Noraina Amin membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, sijil dan sebuah piala.

Bagi kategori Rock Kapak, johan dinobatkan kepada Fazilah Etar, 21, diikuti Mohd Radzuan Diming sebagai naib johan dan Mohd Darny Iskandar di tempat ketiga.

Fazilah turut membawa pulang hadiah RM700, sijil, piala dan rakaman sebuah lagu single di bawah naungan Generasi Studio. Manakala, Mohd Radzuan Diming membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, sijil, piala dan rakaman sebuah lagu single bersama Generasi Studio dan Mohd Darny Iskandar membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, sijil dan sebuah piala.

Bagi kategori lagu tempatan, johan disandang oleh Edwin Ahmad diikuti Rahmat Mohammad sebagai naib johan dan Marlyne Ejul yang juga bekas Juara Sugandoi Paitan 2015 berada di tempat ketiga.

Kategori Dangdut menyaksika­n Mohd Kasmir Mahalil dinobatkan sebagai johan diikuti Mohd Hanafi Basri dan Surina Sahiru di tempat kedua dan ketiga.

Pertanding­an turut menyaksika­n Nurul Syarifah Amirah Juman dinobatkan sebagai johan kategori Balada, sementara Cassidy Abdul Murid dan Mohamad Mahmud dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga.

Untuk kategori Pop Rock pula, johan menjadi milik Mohd Dinie Yusuf Latif diikuti Norman Noh dan Samin Juri di tempat kedua dan ketiga.

Pada malam itu, Mohd Hanafi Basri diumumkan pemenang persembaha­n terbaik ekoran persembaha­n dangdutnya berjaya menarik perhatian juri.

Peserta paling popular pula menjadi milik Failah Etar selepas berjaya menarik perhatian ramai penonton yang menyaksika­n pesembahan­nya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Pemuda UMNO Kinabatang­an, Aksyah Haji Nasrah. Pertanding­an anjuran CT Group Kinabatang­an itu diadakan dengan kerjasama Generasi Studio, Jabatan Penerangan Daerah Kinabatang­an serta Kementeria­n Belia dan Sukan Kinabatang­an.

Selain mencungkil bakat baharu dalam bidang seni, ia juga diadakan bagi mengelak gejala sosial negatif dalam kalangan remaja masa kini selain mewujudkan suasana riadah kepada masyarakat dan menarik minat kepada pelancong dalam dan luar daerah untuk berkunjung ke Kinabatang­an.

Semua 12 pemenang Pentas 6 Juara akan mara ke pertanding­an Juara Kinabatang­an Idol Musim Ke-2 Tahun 2018, sempena Karnival Jom Santai Bah 2018 anjuran CT GROUP dengan membawa lagu single terbaharu sendiri kelak. Kinabatang­an Idol Musim Ke-2 menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM3000 bagi mereka yang dinobatkan sebagai juara.

 ??  ?? PENGANJUR bersama pemenang Pentas 6 Juara 2017.
PENGANJUR bersama pemenang Pentas 6 Juara 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia