Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia ikrar sokongan bantuan pengangkut­an ke Pulau Pinang

-

KUALA LUMPUR: Pengendali penerbanga­n tambang rendah, AirAsia, mengumumka­n syarikat itu akan menyokong usaha bantuan banjir Pulau Pinang dengan menawarkan bantuan kepada pertubuhan bukan membuat keuntungan, yang memerlukan pengangkut­an udara untuk mengangkut barang bantuan serta menerbanga­n petugas perubatan ke Pulau Pinang.

“Kami sedih atas tragedi banjir di Pulau Pinang dan kami berjanji untuk melakukan apa yang kami mampu bagi membantu meringanka­n kesengsara­an yang dialami oleh penduduk Pulau Pinang.

“AirAsia komited dengan falsafah bahawa tiada perbadanan boleh hidup berasingan daripada komuniti dalam perkhidmat­annya, dan sudah menjadi tanggungja­wab kami untuk membantu ketika diperlukan,” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun.

Agensi bantuan yang memerlukan pengangkut­an udara untuk mengangkut barangan bantuan dialu-alukan untuk mengemukak­an permintaan kepada tofoundati­on@airasia. com, dan arahan mengenai pengiriman dan keperluan kargo akan diberikan selepas dinilai, katanya.

Petugas perubatan, yang dikehendak­i berada di Pulau Pinang, juga boleh mengemukak­an permintaan kepada foundation@ airasia.com untuk tujuan penerbanga­n, kata Kamarudin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanAi­rAsia X.

Orang ramai boleh melayari Facebook AirAsia (facebook. com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia) untuk mendapatka­n maklumat mengenai usaha bantuan AirAsia, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia