Utusan Borneo (Sabah)

Libatkan diri dalam aktiviti kejiranan

-

KOTA KINABALU: Jiran Muda KRT digesa supaya melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan, perpaduan dan pembanguna­n komuniti bagi mencapai objektif penubuhan Rukun Tetangga.

Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Bandaraya Kota Kinabau Masri Rayner berkata, Jiran Muda diwujudkan sebagai cawangan di bawah Jawatankua­sa Rukun Tetangga yang berperanan membantu merancang serta melaksanak­an aktiviti untuk faedah golongan remaja dan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Mesra Perpaduan 2017 di Pusat Rukun Tetangga Sembulan Baru/Taman Sempelang pada Sabtu.

Program itu dianjurkan KRT Kg Sembulan Baru/ Taman Sempelang dengan kerjasama Ahli Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) Sembulan Baru A dan B, JKDB Taman Sempelang dan JKKK Sembulan Baru.

Menurut Masri, penglibata­n Jiran Muda dalam program seumpama itu dapat memberi peluang kepada mereka menimba pengetahua­n dan kefahaman tentang perancanga­n serta pelaksanaa­n program KRT dari peringkat awal lagi.

“Dengan adanya program ini, dapat menjalinka­n hubungan kemesraan, sekali gus kemakmuran dan kesejahter­aan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum sentiasa terpelihar­a,” katanya.

Beliau memuji usaha berterusan KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang dalam melibatkan guruguru, ahli JPTP Sembulan Baru A dan B, JKDB Taman Sempelang dan JKKK Sembulan Baru.

Katanya ia merupakan langkah terbaik untuk mengekalka­n semangat kerjasama, bersatu padu dan harmoni.

Terdahulu, Pengerusi KRT Kg Sembulan Baru/Taman Sempelang, Lasamboy Ponisi berkata, program bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m, semangat kejiranan dan mewujudkan persefaham­an dengan komuniti setempat.

Katanya, walaupun program itu diadakan secara sederhana, namun sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak, ia dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Sementara itu, pelbagai acara sukaneka diadakan yang disertai oleh semua peringkat dari kanak-kanak Tabika, Tunas Jiran, Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas dan ibu bapa untuk bersama-sama memeriahka­n program itu.

Turut hadir, Pengerusi JKKK Sembulan Baru Haji Ismail Aman dan Pengerusi JKDB Taman Sempelang Haji Kiran Settu.

 ??  ?? LASAMBOY menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang acara sukaneka.
LASAMBOY menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang acara sukaneka.
 ??  ?? ‘SEMAKIN Jauh Semakin Sayang’ salah satu acara yang menarik perhatian penonton.
‘SEMAKIN Jauh Semakin Sayang’ salah satu acara yang menarik perhatian penonton.
 ??  ?? MASRI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang acara sukaneka kanak-kanak.
MASRI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang acara sukaneka kanak-kanak.
 ??  ?? KANAKKANAK Tabika Perpaduan menyertai acara meniup belon sampai pecah.
KANAKKANAK Tabika Perpaduan menyertai acara meniup belon sampai pecah.
 ??  ?? MASRIberuc­apmerasmik­an program itu.
MASRIberuc­apmerasmik­an program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia