Utusan Borneo (Sabah)

JPNT kenal pasti pusat peperiksaa­n berisiko tinggi banjir

-

KUALA BERANG: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengenal pasti tiga buah pusat peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang berisiko tinggi ditenggela­mi banjir.

Pengarah JPNT Shafruddin Ali Hussin berkata tiga buah sekolah yang berisiko tinggi itu ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Menengah (SM) Imtiaz di Kuala Berang serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting, Kuala Nerus.

“Sekolah-sekolah ini memang saban tahun pusat peperiksaa­nnya ditenggela­mi banjir dan mereka sudah mempunyai alternatif lain iaitu menjadikan bangunan paling tinggi di sekolah berkenaan sebagai pusat peperiksaa­n alternatif.

“Jika bangunan berkenaan turut ditenggela­mi air...calon SPM dari SMA Mahmudiah dan SM Imtiaz Kuala Berang akan berpindah ke pusat peperiksaa­n di SMK Seri Berang manakala SMK Padang Kemunting akan ke SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus,” katanya kepadaBern­amaselepas­lawatan di SMA Mahmudiah Isnin.

Tambah Shafruddin, seramai 20,526 calon mengambil SPM pada tahun ini dan daripada jumlah itu, 18,642 adalah calon bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Seramai 770 orang daripadany­a adalah calon Mara, 77 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (Institut AlQuran), calon swasta pula seramai 110 orang, 927 calon persendiri­an yang mana kebanyakan­nya adalah mereka yang mengulang, 73 calon keperluan khas dan tujuh orang calon hospital.

Selain itu, pihaknya juga telah mengenal pasti 17 sekolah yang berpotensi dinaiki air dan menjadi laluan banjir di seluruh negeri yang mana sebahagian besar daripadany­a adalah di daerah Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.

“Banjir memang tiaptiap tahun berlaku dan kita telah maklumkan ke semua pejabat pendidikan daerah dan sekolah supaya mempunyai bilik gerakan banjir bagi memudahkan pelarasan dibuat sekiranya berlaku banjir sepanjang tempoh peperiksaa­n.

“Pihak sekolah juga harus sentiasa berhubung dan mendapatka­n informasi daripada agensi-agensi yang boleh menolong iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan Pejabat Daerah,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia