Utusan Borneo (Sabah)

NGO bersyukur upacara sogit berjalan lancar dan harmoni

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini menyatakan kesyukuran upacara perdamaian ‘sogit’ antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan masyarakat Murut melalui Persatuan Murut Sabah (PMS) berjalan lancar dan harmoni.

Kedua-dua NGO itu terdiri Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) dan Persatuan Belia Murut (PBM).

Presiden Mamagun Rudy Sulaiman Mairi bersyukur kerana upacara perdamaian sogit mengenai pemesongan fakta sejarah pengurusan mayat suku Murut yang menjadi kemelut selama ini telah selesai.

Katanya, Mamagun antara yang telah memainkan peranan penting dalam menegakkan keluhuran adat suku Murut supaya pihak yang bertanggun­gjawab dalam memesongka­n fakta adat Murut menerima hukuman yang setimpal mengikut adat.

“DBP juga perlu dipuji kerana bertanggun­gjawab dan bersedia menerima apa sahaja bentuk hukuman (sogit)yangdikena­kansebagai menghormat­i institusi adat suku kaum Murut,” katanya di sini pada Isnin.

Pada awal tahun lepas katanya, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berikutan penemuan artikel dalam buku teks Sejarah Tingkatan Satu berkaitan ritual kematian kaum Murut.

Rudy berkata demikian sebagai mengulas kesediaan DBP menerima upacara adat sogit yang dikenakan oleh pakar adat Mahkamah Anak Negeri Sabah melalui PMS yang diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Presiden PBM Raymond Ahuar berkata, anak muda suku kaum Murut di seluruh negeri ini merasa bangga dan kagum kerana adat kesukuan Murut dihormati oleh masyarakat lain.

“Ini kerana, ada agensi kerajaan yang tampil mengakui kesilapan mereka dan sanggup berusaha untuk mencari jalan penyelesai­an mengikut jalan tengah iaitu perdamaian agar persengket­aan itu tidak berpanjang­an.

“Apabila merenung situasi ini, saya suka bangkitkan bahawa ini juga ada kaitan dengan legasi Batu Sumpah yang telah dibina di Keningau suatu ketika dahulu oleh masyarakat Murut sendiri.

“Kita tahu ada tiga perkara yang disentuh antaranya kebebasan beragama, menghormat­i adat istiadat negeri Sabah dan tanah-tanah di negeri ini milik orang Sabah. Saya beranggapa­n bahawa adat kita dihormati dan masih lagi disayangi,” katanya.

Sehubungan itu, Raymond menyaranka­n agar peranan PMS di masa akan datang menjadi satu tunjang untuk mendepani masalah sedemikian ataupun menjadi juara kepada suku kaum Murut, khususnya di Sabah.

Justeru katanya, masyarakat melihat PMS perlu memikir ke hadapan untuk menjadi satu persatuan yang bukan sahaja berada dalam kepompong negeri Sabah tetapi bagi seluruh negara ini malahan dunia.

 ??  ?? RUDY
RUDY
 ??  ?? RAYMOND
RAYMOND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia