Utusan Borneo (Sabah)

Empat pencuri diberkas polis

Dipercayai melarikan beg, telefon bimbit dari tempat letak kereta HQE

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Empat pencuri termasuk seorang wanita berjaya ditahan sepasukan polis selepas melarikan beg serta telefon bimbit seorang pesakit di tempat letak kereta Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kesemua suspek warga tempatan berumur 25 hingga 33 tahun berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam di Putatan.

“Siasatan awal kejadian mendapati mangsa berumur 28 tahun yang baharu selesai melakukan pemeriksaa­n kesihatan di HQE kira-kira jam 5 petang masuk ke dalam keretanya yang diletakkan di kawasan parkir HQE.

“Mangsa yang meletakkan beg berisi dokumen penting, wang tunai RM350 dan telefon bimbit di tempat duduk penumpang kemudian menurunkan kedua-dua cermin kereta sebelum menghidupk­an enjin,” katanya.

Katanya, secara tiba-tiba seorang daripada suspek melarikan beg pengadu sebelum menaiki sebuah kereta jenis Proton dan beredar dari lokasi.

“Mangsa yang mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika mengejar suspek kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Chandra berkata bertindak daripada maklumat, kesemua

“Mangsa yang mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika mengejar suspek kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a.

ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

suspek berjaya ditahan di sebuah tempat cuci kereta di Putatan kira-kira jam 3.10 petang keesokan harinya.

“Kesemua suspek mengaku melakukan jenayah ini dengan berperanan sebagai pemandu, peragut dan rakan yang bersubahat dalam kes ini.

“Polis turut merampas kembali beg mangsa, Proton Saga berwarna hitam dan sekeping kad,” katanya.

Menurutnya kesemua suspek yang positif dadah mempunyai 11 kes jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? BEG mangsa dan barangan lain yang berjaya dirampas pihak polis.
BEG mangsa dan barangan lain yang berjaya dirampas pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia