Utusan Borneo (Sabah)

Tautan Kasih mampu mengukuhka­n kefahaman pelajar tentang akidah

-

PAPAR: Dunia masa kini sedang menghadapi cabaran terutama cabaran akidah selain isu Daesh dan perpecahan negaranega­ra Islam seperti pelarian Rohingya yang perlu diambil perhatian dan dijadikan iktibar.

Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia Datuk Rosnah. Abdul Rashid Shirlin sehubungan itu berkata, peranan sebagai pelajar adalah berjihad dengan memantapka­n ilmu dan kemahiraan untuk mencorak masa depan Islam yang lebih cemerlang dan gemilang.

“Sebagai seorang murid, anda adalah pewaris kepimpinan dan generasi akan datang yang mempunyai tugas dan tanggungja­wab menjaga negara ini.

“Oleh itu, penuhi diri dengan ilmu pengetahua­n yang baik dengan nilainilai yang unggul sebagai generasi madani yang cukup dengan asas akidah dan ilmu Fardhu Ain untuk menjalani kehidupan seharian sebagai umat Islam yang sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis Penutupan Program Tautan Kasih SJKC Sekolah-Sekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2017 bertempat di SJKC Cheng Hwa, Papar, di sini.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, program Tautan Kasih SJKC ini juga merupakan salah satu program yang bermatlama­t untuk mengukuhka­n kefahaman pelajar tentang kepentinga­n amalan asas akidah dalam kehidupan serta mewujudkan hubungan kemesraan serta kasih sayang sesama insan.

Beliau berharap agar program ini dapat mengeratka­n jalinan ukhuwah yang berupaya memantapka­n amalan bersuci, menjaga aurat dan solat serta memberikan banyak ilmu pengetahua­n tentang fardhu ain dan penghayata­n agama Islam .

Katanya, disinilah juga anak-anak dibimbing untuk lebih memahami tentang iman dan bagaimana untuk memantapka­nnya selain dapat mempraktik­kan amalan bersuci dan bersolat dan jalinan ukhuwah bersama rakan-rakan dari sekolah lain.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada peserta yang terdiri daripada 80 orang murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) yang terlibat dalam program ini.

“Terima kasih kepada pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kerana memilih daerah Papar sebagai pengerusi pelaksana bagi program ini dan semoga ianya akan diteruskan pada masa-masa akan datang,” tambahnya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam JPNS mewakili Pengarah Pendidikan Sabah Haji Ismail Haji Aman, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik JPNS Abidin Marjan, PPD Papar merangkap pengerusi pelaksana Haji Suhaimi Harun, Timbalan YDP PIBG SJKC Cheng Hwa Mohd Fauzi Saad, Guru Besar SJKC Ceng Hwa Papar Wong Chee Fatt, Ketua-ketua Sektor JPNS, warga kerja/pendidik PPD Papar, para fasilitato­r AJK pelaksana serta para peserta.

 ??  ?? ROSNAH menandatan­gani buku pelawat di majlis itu.
ROSNAH menandatan­gani buku pelawat di majlis itu.
 ??  ?? ROSNAH disambut mesra setibanya di majlis itu.
ROSNAH disambut mesra setibanya di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia