Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas berkerusi roda mati disengat tebuan 150 kali

-

TOKYO: Seorang wanita Jepun berusia 87 tahun yang menggunaka­n kerusi roda telah meninggal dunia selepas disengat sebanyak 150 kali oleh beratus-ratus tebuan gergasi, menurut anggota bomba semalam, ketika perkhidmat­an kecemasan hanya mampu berdiri tidak berbuat apa-apa.

Sekumpulan tebuan telah menyerbu ke arah Chieko Kikuchi ketika beliau dalam perjalanan pulang dari pusat penjagaann­ya di barat Jepun, ditemani oleh seorang pembantu.

Pembantu tersebut telah menghubung­i anggota bomba namun mereka tidak dapat menghampir­i wanita itu dengan segera ketika kumpulan lebah mengelilin­gi beliau menjadi semakin banyak dan mereka tidak memiliki peralatan perlindung­an.

Selepas kejadian itu, yang berlaku selama kira-kira 50 minit, wanita tersebut telah segera dihantar ke hospital namun meninggal dunia pada hari berikutnya, menurut anggota bomba lagi.

“Ia merupakan satu operasi yang luar biasa bagi kami,” akui beliau.

Kematian berlaku pada pertengaha­n September namun hanya dilaporkan semalam, menjadi tajuk utama berita buletin nasional.

Seorang pegawai agensi perhutanan berkata tebuan sering menyerang orang apabila sarang mereka terjejas.

“Bagi mengelakka­n disengat oleh tebuan, anda seharusnya menjauhi sarang mereka, memakai jaket perlindung­an dan menggunaka­n penyembur pembunuh tebuan,” kata pegawai perhutanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia