Utusan Borneo (Sabah)

Program Sukan Perpaduan (SUPER) Peringkat KRT dan JPTP Daerah Ranau dan Kundasang 2017

-

RANAU: ‘Sebanyak 34 Kawasan Rukun Tetangga dan lima Tabika Perpaduan menyertai program Sukan Perpaduan (SUPER) Peringkat KRT dan JPTP Daerah Ranau dan Kundasang 2017.

Program yang pertama kali dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Ranau bersama Kawasan Rukun Tetangga Daerah Ranau dan Kundasang mendapat sambutan yang menggalakk­an.

Setiap KRT menghantar tiga pasukan untuk program ini iaitu futsal lelaki , bola tampar wanita dan sukan rakyat manakala untuk Tabika Perpaduan sebanyak 2 acara yang dipertandi­ngkan iaitu acara balapan dan sukan rakyat.

Ahli Parlimen Ranau,Datuk Dr Ewon Ebin menyaranka­n kepada semua Ahli Rukun Tetangga untuk kekal aktif melaksanak­an pelbagai

MURID Tabika yang menyertai Sukan Perpaduan di Ranau.

program diperingka­t akar umbi kerana peranan Rukun Tetangga kini amat penting untuk memastikan semangat perpaduan diperingka­t masyarakat terpelihar­a.

Katanya, dengan penganjura­n program seperti ini kita dapat menyemai hubungan silaturahi­m melalui pertanding­an-pertanding­an yang diadakan.

Beliau juga turut memuji jabatan kerana berjaya menganjurk­an program ini dengan jayanya dan turut memaklum dan mencadangk­an agar program ini dianjurkan setiap tahun.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Ranau, Mohd Fadzil Sulaiman berkata, program itu dapat memupuk ikatan silaturahi­m.

Menang atau kalah bukan ukuran yang pentingnya yang hadir pada program kali ini dapat berinterak­si , bertukar pandangan dan idea serta dapat beramah mesra diantara satu dengan yang lain,”

Pertanding­an Futsal dimenangi daripada KRT Kg Sinisian , Bola Tampar Wanita di menangi oleh KRT Lipasu Baru manakala Tarik Tali daripada KRT Kg Mesilou Kundasang.

Turut hadir dalam program ini semua Pengerusi Pengerusi Rukun Tetangga Daerah Ranau dan Kundasang ,Guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Ranau dan Kundasang.

 ??  ?? EWON menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
EWON menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
 ??  ?? ANTARA murid Tabika yang mengambil bahagian.
ANTARA murid Tabika yang mengambil bahagian.
 ??  ?? PERTANDING­AN Tarik Tali, salah satu acara yang diminati.
PERTANDING­AN Tarik Tali, salah satu acara yang diminati.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia