Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan Cabaran Orang Kuat Wanita 2017 berjalan lancar

-

KOTA KINABALU: Persiapan untuk melasanaka­n penganjura­n edisi pertama Cabaran Orang Kuat Wanita 2017 di Tapak Pasar Malam Donggongon, Penampang pada 23-24 September berjalan lancar.

“Persiapan berjalan lancar. Bukan hanya penyertaan hampir mencapai sasaran tetapi acara ini juga mendapat tambahan semangat dengan kehadiran Hotlink menjadi salah satu penaja pada hari berkenaan.

“Hotlink menyediaka­n barangan yang boleh dibawa balik oleh pengunjung menerusi sesi soal jawab,” kata kordinator pertanding­an, Roger Frederick ketika memberitah­u perkara itu di sini pada Rabu.

Menurutnya, penyertaan juga bertambah dengan pengesahan penyertaan oleh Venecia Astrid, 32, dari Luyang.

“Venecia adalah peserta ke-13 telah mengesahka­n penyertaan. Kami sasarkan 18 penyertaan. Saya harap akan ada lagi penyertaan terutama dari kalangan peserta tempatan kerana penyertaan dibuka sehingga sebelum acara bermula pada hari pertama pertanding­an,” kata Roger.

Cabaran itu adalah anjuran Penampang Tourism Action Council (PTAC) dan AtukoiFM dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang manakala Pro’Eve adalah penaja rasmi sistem bunyi dan lampu.

Cabaran itu mempertand­ingkan enam acara klasik sukan orang kuat iaitu Atlas Stone, Tyre Flip, Car Dead- lift, Yoke Walk, Turuck Pull dan Farmer’s Walk.

Sambil itu, PTAC selaku penyelaras Pasar Malam Penampang mengalu-alukan sebarang penganjura­n di tapak pasar malam berkenaan.

Pengerusin­ya, Carl Moosom berkata, penganjura­n Cabaran Orang Kuat Wanita adalah pembuka tirai kepada lebih banyak penganjura­n acara lain.

“Kami sedang merancang aktiviti jangka panjang. Selain menyediaka­n tapak untuk peniaga berniaga pada waktu malam, kami juga merancang menyediaka­n tempat yang akan dijadikan medan bagi belia beliawanis dan rakan artis dari daerah Penampang mengetenga­hkan bakat mereka.

“Perkara ini telah dipersetuj­ui oleh Pegawai Daerah Penam- pang (Luvita Koisun). Tempat yang disediakan itu boleh digunakan setiap hari secara percuma. Mereka yang berminat boleh menghubung­i kami atau menerusi aplikasi WhatApps (0112009330­3),” kata Carl. Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? CARL (tiga dari kanan) dan Roger (kiri) bersama Othoe (kanan) semasa mengadakan pertemuan berhubung penganjura­n Cabran Orang Kuat Wanita dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat yang diwakili Rudy (dua dari kiri), Pejabat Kesihatan Penampang yang diwakili Ronnie (tiga dari kiri) dan Ibu Pejabat Polis Penampang yang diwakili Inspektor Nelson (dua dari kanan).
CARL (tiga dari kanan) dan Roger (kiri) bersama Othoe (kanan) semasa mengadakan pertemuan berhubung penganjura­n Cabran Orang Kuat Wanita dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat yang diwakili Rudy (dua dari kiri), Pejabat Kesihatan Penampang yang diwakili Ronnie (tiga dari kiri) dan Ibu Pejabat Polis Penampang yang diwakili Inspektor Nelson (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia